Tujuan 

Membuat pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengguna dashboard komuniti yang berumur 18 tahun ke ats.

   

Aktiviti 

Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap kesihatan pengguna dashboard selain memudahkan mereka menjalani pemeriksaan asas tanpa perlu ke klinik. Petugas memberi sedikit penerangan tentang aplikasi dashboard kepada peserta terutama penggunaan My Health.Kemudian petugas membuat pemeriksaan tekanan darah dan seterusnya pemeriksaan bacaan gula kepada semua peserta yang terlibat.

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada  peserta mengenai aplikasi Dashboard Komuniti,check your label dan penerangan berkenaan tidak pasti jangan kongsi.

   

Aktiviti 

Latihan ini dapat memberi pengetahuan tambahan kepada peserta tentang aplikasi dashboard.Peserta turut mendapat ilmu berkaitan check your label dan meningkatkan ilmu pengetahuan perkongsian maklumat di sebenarnya.my.  Petugas memberi sedikit penerangan tentang aplikasi dashboard kepada peserta dan meminta mereka memasukkan makluman aktiviti ke dalam My Komuniti.Kemudian petugas membuka portal check your label MCMC untuk memberi penerangan tentang kempen tersebut dan cara mengenalpasti barang yang menggunakan label MCMC yang betul.Petugas kemudiannya membuka portal sebenarnya.my dan menerangkan serba sedikit fuungsi web tersebut.Aktiviti terakhir adalah mencipta banner menggunakan Microsoft Publisher dengan mengajar cara menukar huruf,warna dan mengedit gambar.

Tujuan 

Membantu peserta mempelajari cara menyunting imej yang diambil daripada internet kemudian disusun dalam Microsoft word.

   

Aktiviti 

Latihan ini dapat memberi pengetahuan tambahan kepada peserta tentang bagaimana untuk menjadikan peta lokasi seperti dalam Google map kepada imej kemudian menyusun gambar tersebut dalam Microsoft word.  Petugas memberi sedikit penerangan tentang bagaimana cara untuk menggunakan google map. Kemudian petugas mengajar peserta menggunakan printscreen pada peta tersebut untuk dijadikan sebagai imej. Malahan peserta diberi tunjuk ajar bagaimana untuk menyunting imej tersebut seterusnya menyusun imej kedalam Microsoft word.

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada  peserta mengenai aplikasi Dashboard Komuniti,maklumat berkenaan KDB serta permainan atas talian.

   

Aktiviti 

Latihan ini dapat memberi pengetahuan tambahan kepada peserta tentang aplikasi dashboard.Peserta turut mendapat ilmu berkaitan KDB dan meningkatkan ilmu pengetahuan melalui permainan pendidikan.  Petugas memberi sedikit penerangan tentang aplikasi dashboard kepada peserta dan meminta mereka memasukkan makluman aktiviti ke dalam My Komuniti.Kemudian petugas menayangkan video KDB iaitu maklumat palsu dan buli siber.Petugas kemudiannya memberi kuiz soalan berkaitan video yang ditayangkan.Petugas kemudian memberi latihan melalui permainan pendidikan untuk memantapkan pengetahuan mereka sebelum menghadapi peperiksaan akhir tahun.

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan Microsoft Word terutama dalam menyiapkan tugasan sekolah melibatkan penukaran.

   

Aktiviti 

Peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran menggunkan Microsoft Word dalam menghasilkan buku skrap yang menarik hasil carian gambar di google.  Petugas menunjukkan contoh buku skrap yang terhasil melalui google.Petugas kemudian mengajar cara mengubah tulisan,warna dan saiz.Petugas turut mengajar cara membuat bentuk dan mencari gambar di internet dan diletakkan ke dalam buku skrap.Petugas kemudian meminta peserta menghasilkan sendiri buku skrap mereka secara kumpulan.