Tujuan 1. Latihan ini bertujuan membantu peserta Menambah kemahiran peserta menggunakan Microsoft Power point 2. Memberi latihan kepada para peserta untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan pengetahuan mereka tentang info berkaitan negeri kelahiran masing-masing. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, peserta dapat meningkatkan kefahaman tentang tempat menarik dan makanan unik dari negeri kelahiran mereka, malahan peserta dapat menambah kemahiran baru dalam menggunakan Microsoft power point. Peserta diberi tunjuk ajar cara mencari 3 tempat menarik dan 3 makanan terkenal mengikut negeri kelahiran masing-masing. Mereka diarahkan untuk memuat turun gambar tersebut kemudian susun didalam Microsoft power point. Setelah itu mereka perlu menerangkan setiap tempat menarik dan makanan yang disenaraikan. |
Tujuan Membantu para peserta bagi memahami konsep asas coding melalui aplikasi demo-gallery-knowlearning.systems |
||
Aktiviti |
||
Melalui taklimat ini, peserta dapat mengetahui asas coding dengan bermain permainan ringkas tentang pergerakan seekor penyu. Petugas menerangkan serba sedikit tentang aplikasi demo-gallery-karel kepada peserta. Peserta diminta untuk melihat preview permainan bagi memahami arahan yang perlu diberikan supaya pergerakan penyu tersebut tepat. Terdapat beberapa level yang perlu peserta lengkapkan dan selesaikan. |
Tujuan Menguji kefahaman dan pengetahuan tentang rukun negara, menambah kemahiran peserta menggunakan Microsoft Word dan memberi latihan kepada para peserta untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan pengetahuan mereka tentang info berkaitan Malaysia menerusi game word search. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, peserta dapat meningkatkan kefahaman tentang rukun negara, malahan peserta dapat menambah kemahiran baru dalam menggunakan Microsoft word. Melalui permainan word search atas talian pula, peserta dapat menambah ilmu pengetahuan tentang Malaysia serta menguji kepantasan daya fikir mereka. Peserta diberi tunjuk ajar cara mencari gambar bunga raya, cara memuat turun gambar tersebut serta cara membuang latar belakang. Setelah selesai, peserta diminta untuk menaip 5 rukun negara di atas setiap kelopak bunga raya tersebut dan mereka perlu menghias mengikut kreativiti masing-masing. Kemudian mereka diarahkan untuk menyelesaikan permainan word search tentang Malaysia. |
Tujuan Latihan ini bertujuan membantu peserta membuat kertas kerja bagi permohonan Program Sejati Madani |
|
Aktiviti |
|
Melalui aktiviti ini, peserta dapat mengetahui cara yang betul untuk membuat jadual di dalam Microsoft word supaya maklumat yang dilampirkan kemas dan tersusun. Peserta juga dapat menyiapkan kertas kerja mengikut format yang telah diberikan. Latihan ini dimulakan dengan mengajar peserta untuk membuat jadual di dalam microsoft word supaya setiap lampiran pengiraan nampak lebih tersusun dan mudah untuk dibaca. Setelah itu peserta di ajar untuk menyusun gambar-gambar projek mengikut turutan. Peserta juga diberi tunjuk ajar cara untuk menyunting dokumen yang berformatkan PDF. |
Tujuan memberi taklimat tentang perlaksanaan program baru iaitu e-Sport@NADI , menyampaikan manfaat menyertai e-Sport@NADI dan memberi taklimat tentang Klik Dengan Bijak berkaitan kebaikan internet |
|
Aktiviti |
|
Melalui taklimat ini, peserta dapat mengetahui terdapat program terbaru di NADI iaitu E-Sport, mereka dapat membuat hobi mereka dalam masa yang sama meningkatkan kemahiran mereka dengan menyertai pertandingan Mobile Legend. Malahan, dalam bermain game Mobile Legend, dapat membuka mata mereka bahawa internet jika digunakan dengan betul banyak manfaat kepada mereka. Pada 6 Sept 2024 petugas memberi taklimat tentang perlaksanaan E-Sport di NADI, kebaikan dan kelebihan menyertai program tersebut kepada mereka. Mereka diarahkan untuk menubuhkan pasukan masing-masing yang terdiri daripada lima hingga enam peserta dalam satu kumpulan. Pada 7 Sept 2024 semua peserta diberi taklimat tentang perjalanan pertandingan pada hari tersebut. Sebanyak empat kumpulan berentap bagi merebut tempat juara. Berformatkan pertandingan kalah mati, kumpulan Lengkong Syndicate menjuarai Pertandingan Mobile Legend seterusnya mewakili NADI Kg. Jambu Rias di peringkat Negeri Pahang pada Oktober nanti. |