Tujuan |
|
Membantu peserta mempelajari cara memuat turun video dari Youtube dengan mudah. |
|
Aktiviti |
|
Kelas ini bertujuan untuk memastikan peserta memahami teknik memuat turun video dari Youtube dan kemudian menyimpan video tersebut ke pendrive. Petugas membuka video dari Youtube dan kemudian membuka web savefrom.net untuk memuat turun video.Petugas kemudian meminta peserta untuk mengulangi teknik tersebut.Peserta turut diajar cara untuk menyimpan video yang telah dimuat turun ke dalam pendrive. |
Tujuan |
|
Memberi pendedahan tentang penggunaan Microsoft Word terutama dalam menyiapkan tugasan Sekolah. |
|
Aktiviti |
|
Peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran menggunkan Microsoft Word dalam menghasilkan buku skrap yang menarik. Petugas menunjukkan contoh buku skrap yang terhasil melalui google.Petugas kemudian mengajar cara mengubah tulisan,warna dan saiz.Petugas turut mengajar cara membuat bentuk dan mencari gambar di internet dan diletakkan ke dalam buku skrap.Petugas kemudian meminta peserta menghasilkan sendiri buku skrap mereka secara kumpulan. |
Tujuan |
|
Memberi pendedahan kepada usahawan untuk mempelajari kaedah perbankan dalam talian. |
|
Aktiviti |
|
Melalui kelas keusahawanan ini dapat mempelajari cara mudah menguruskan perniagaan menggunakan perbankan atas talian iaitu M2U. Petugas menunjukkan cara untuk menggunakan MU2 terutama dalam urusan pembayaran secara atas talian.Petugas kemudian menunjukkan setiap fungsi yang terdapat dalam sistem.Petugas kemudian meminta peserta membuat percubaan transaksi. |
Tujuan |
|
Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran pelajar sekolah rendah khususnya dalam menyiapkan tugasan sekolah. |
|
Aktiviti |
|
Peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran menggunkan Microsoft Word seperti menyiapka karangan kemerdekaan dengan mengambil contoh dari internet dan kemudian mencetak karangan yang dihasilkan. Petugas menerangkan kepada peserta tentang kelebihan menggunakan Micrsoft Word selain dari Paint. Pelajar kemudian memaklumkan perlu menyiapkan tugasan sekolah bertajuk kemerdekaan dan meminta bantuan petugas untuk menyalin conth karangan dari internet.Petugas menunjukkan cara mudah kepada mereka dengan mengambil beberapa contoh.Petugas kemudian meminta kesemua peserta untuk membuat sendiri tugas.Petugas kemudiannya menunjukkan cara untuk mencetak dokumen yang disiapkan dan meminta peserta mengulangi cara yang sama untuk memastikan mereka memahami apa yang telah dipelajari. |
Tujuan |
|
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada usahwan setempat mengenai aplikasi dashboard terutama My Shop yang mana dapat dapat dijadikan platform untuk memasarkan produk yang diniagakan. |
|
Aktiviti |
|
Melalui program ini usahawan dapat meningkatkan pengetahuan dalam mengendalikan aplikasi My Shop atas urusan perniagaan yang diusahakan. Peserta diberi penerangan ringkas tentang aplikasi dashboard.Kemudian petugas membantu peserta unttuk memuat naik gamabr produk untuk diiklankan ke My Shop.Peserta turut dibantu dari segi idea untuk mempromosikan produk ke media sosial menggunakan ayat yang menarik pelanggan. |