Sembilan langkah untuk mengelak penyakit ketika berlaku banjir.

Andainya hujan lebat mencurah,
Eloklah kita membawa payung,
Andainya kawan dapat musibah,
Eloklah segera kita menolong.

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Jika anda sayangkan gigi anda, jangan sesekali cuba menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka yang tidak bertauliah terutamanya di media sosial untuk merawat gigi anda.

Ingatlah bahawa harga murah yang ditawarkan bagi pemasangan braces bukan jaminan kepada keselamatan gigi anda.

sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

 
Cycle Threshold (CT) value ataupun “nilai kitaran ambang” adalah bilangan kitaran yg diperlukan untuk penumpuan fluorescent memberikan isyarat untuk melintasi paras Nilai ambang atau “threshold Level” dan dikesan sebagai positif. Biasanya dalam ujian RT PCR mempunyai kurang lebih 40 kitaran untuk mendapatkan bacaan positif.
Jika pengesanan CT value adalah rendah, maka kita dapat rumusan;
1. Kesan virus (virus load) dalam badan adalah tinggi
2. Jangkitan Covid-19 adalah dalam peringkat awal
3. Pengesanan kes dan ujian di RT PCR di buat di peringkat awal jangkitan
4. Kebolehjangkitan adalah tinggi ketika ini jika terdedah kepada individu lain.
5 Salah satu kemungkinan kesan mutasi protein ‘ spike’ atas permukaan virus yang boleh meningkatkan kebolehjangkitan dengan virus load yang tinggi.
Jika didapati CT value adalah tinggi ini bermakna;
1. Jangkitan berada di peringkat akhir
2. Kebolehjangkitan adalah di paras rendah
3. Pengesanan kes dan ujian RT PCR dijalankan di peringkat lewat
4. Ada kemungkinan jangkitan kes dalam peringat pemulihan
5. Pengambilan sampel yang kurang sesuai atau tidak dihantar dalam suhu sesuai ke Makmal.
6. Pengesanan saki baki virus sahaja.
 
Sumber: FB Tan Sri Dr 
Noor Hisham Abdullah