sumber : Aisy rizqi video

Secara purata, satu beg darah diperlukan setiap 43 saat di Malaysia bagi menampung keperluan pesakit.

Jadilah wira dengan membantu mengekalkan stok bekalan darah di tahap yang selamat.

sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Sekiranya anda mengalami masalah gastrik yang berpanjangan ini adalah perkara yang perlu anda elakkan.

Tanda-tanda yang ketara bahawa anda sedang gastrik adalah sendawa berulang kali, rasa senak berangin atau pedih, merasa mual dan rasa tidak selesa atau kembung.

Sekiranya anda mengalami masalah gastrik yang berpanjangan sila berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi menghindari daripada ia berlarutan hingga menjadi ulser dalam perut.

sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Diabetes boleh dicegah dan dikawal 

Kurangkan risiko diabetes dengan mengamalkan gaya hidup sihat, tingkatkan aktiviti fizikal, kurangkan pengambilan gula dalam makanan & minuman, tingkatkan pengambilan serat melalui buah-buahan dan sayur-sayuran serta hindari rokok dan alkohol.

sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

 

 

Musim haji  untuk tahun ini sudah pun berakhir dan jemaah haji sedang beransur-ansur pulang ke tanah air. Ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai juga tidak sabar menunggu kepulangan para jemaah.

Sebagai persediaan menyambut kepulangan mereka, elok juga kiranya bersikap waspada dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan para jemaah ini pulang dari jauh dan bertemu sebegitu ramai umat manusia dari seluruh pelusuk dunia.

MERS adalah salah satu penyakit saluran pernafasan yang boleh mengakibatkan penyakit pada manusia seperti selesema biasa sehingga Sindrom Pernafasan Akut Teruk (Severe Acute Respiratory Syndrome – SARS)

Sekiranya anda bergejala, dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang terdekat dan maklumkan kepada doktor sejarah perjalanan anda ke negara Timur Tengah.

sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia