Ujian RTK-Ag dijalankan dengan menggunakan teknik immunoassay chromatography. Pengguna perlu menjalankan pengujian seperti yang disarankan di dalam arahan kit untuk mendapatkan keputusan yang tepat.
KKM amat menyarankan agar orang awam mengoptimakan ujian RTK-Ag kendiri sebagai ujian saringan bagi mengesan jangkitan COVID-19 dan membuat laporan kendiri bagi keputusan ujian melalui aplikasi MySejahtera.
Semua keputusan ujian kendiri sama ada positif, negatif, atau invalid wajib dimasukkan ke dalam aplikasi MySejahtera (self-reporting).
✅ Dikongsikan kaedah mengintreprasikan keputusan ujian kendiri RTK-Ag serta faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada keputusan false positive atau false negative.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (FB)

Ibu bapa kepada kanak-kanak yang belum
menerima vaksin COVID 19, perlu membuat keputusan mengenai vaksinasi COVID-19 sebelum 15 Mei 2022. Selepas tarikh ini, vaksin COVID-19 kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia. Manakala vaksin Coronavac pula hanya boleh diperolehi dengan bayaran di fasiliti swasta.

Walaubagaimanapun, keputusan in tidak melibatkan vaksinasi bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2017 dan telah mencapai usia 5 tahun pada 15 Mei 2022. Kanak-kanak dalam kategori in boleh mendapatkan vaksinasi COVID-19 dengan mendaftar dalam aplikasi MySejahtera.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

sumber : Ali Gajet  (you tube)