Pendidikan 

 

Pendidikan merupakan satu asas kehidupan yang penting untuk memberi impak dalam kehidupan seseorang individu. Pelbagai prasarana pendidikan telah diwujudkan oleh kerajaan dalam memastikan ilmu menjadi tunggak utama masyarakat dalam melayari kehidupan seharian. Antaranya, kerajaan telah menyediakan sekolah-sekolah, institut-institut pengajian tinggi, kolej, pusat kemahiran dan sebagainya.

 

Walaupun Kg Jambu Rias merupakan sebuah perkampungan tradisional yang kecil dan tidak mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, namun masyarakat kampung di sini boleh merasa bangga kerana kerajaan telah menubuhkan sebuah sekolah rendah di kampung ini. Sekolah Kebangsaan Jambu Rias telah wujud sekian lama dahulu di mana telah melahirkan ramai anak jati kampung yang berjaya dalam pelbagai bidang.

 

Alhamdulillah dengan kemudahan yang telah disediakan itu juga, masyarakat kampung ini telah lama menyedari akan kepentingan ilmu yang perlu diterapkan di dalam kehidupan seharian anak-anak mereka. Buktinya, kesemua anak-anak kecil telah dihantar ke sekolah walaupun seawal usia 4 tahun.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Program Pinjaman Netbook
 
Pada awal sesi persekolahan 2016, Sekolah Kebangsaan Jambu Rias telah mengemukakan surat permohonan pinjaman netbook kepada Pi1M Kg. Jambu Rias. Oleh kerana makmal IT di sekolah tidak mempunyai komputer yang mencukupi bagi sesi pembelajaran IT, pihak sekolah telah memohon 20 buah unit netbook untuk menampung keperluan tersebut. 
 
Tambahan pula, Pi1M Kg. Jambu Rias telah menerima netbook sebanyak 120 buah unit bagi kegunaan ahli Pi1M dan juga sekolah-sekolah yang berminat untuk meminjam.
 
Bagi ahli Pi1M yang ingin meminjam netbook, mereka boleh meminjam netbook tersebut untuk dibawa pulang selama sebulan. Jika ada ahli Pi1M yang ingin meneruskan tempoh pinjaman, mereka harus berjumpa dengan petugas Pi1M bagi mendapat kelulusan tersebut. 
 
Netbook Acer