Pada 9 Jun 2017 yang lalu Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias telah mengadakan Kelas ICT untuk pelajar-pelajar Tabika KEMAS Kg. Cinta Manis dimana pelaja-pelajarnya merupakan anak-anak orang asli. Petugas Pi1M telah membawa beberapa unit netbook bagi sesi pembelajaran. Semua pelajar terlebih dahulu didedahkan dengan pengenalan kepada netbook dan fungsinya. 

Kemudian dengan bantuan para ibu bapa dan guru, para pelajar diberi peluang mewarna secara online bagi membiasakan mereka menggunakan tetikus dan bagi menarik minat mereka terhadap ilmu ICT. Diharapkan kelas seperti ini dapat diadakan lagi bagi melancarkan pelajar-pelajar ini dalam pengunaan komputer dan tidak ketinggalan dalam ilmu ICT. 

 

 

Pada bulan yang lepas, seramai 10 orang pelajar Giat Mara dalam jurusan masakan telah mengikuti Latihan Intel di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias. Latihan tersebut telang berlangsung selama tiga hari berturut-turut. Latihan Intel merangkumi Intel E-Basic dan juga Intel Easy Step. Mereka didedahkan dengan ilmu keusahawanan dan kemahiran mengunakan Microsoft Office malahan segala perkakasan komputer yang perlu mereka ketahui. 

Mereka juga diberi peluang untuk membuat pembentangan sebagai latihan mengikut modul pembelajaran yang telah diterangkan bagi melihat tahap kefahaman mereka. Tambahan pula, petugas memberi latihan tambahan dalam meningkatkan kecekapan mereka menaip dengan menggunakan aplikasi Rapid Typing. 

Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias memberi kerjasama kepada Tabika KEMAS Kg. Lengkong menyediakan slot pendidikan ICT kepada pelajar-pelajar mereka setiap bulan bagi mencapai sasaran pelajar-pelajar tabika celik IT.

Pada 31 Mac 2017 (Jumaat) yang lalu, telah berlangsung E-Pembelajaran bersama pelajar-pelajar  Tabika KEMAS Kg. Lengkong. Mereka telah diajar bagaimana untuk mengenali pelbagai bentuk dan juga mewarna bentuk-bentuk tersebut sehingga terhasil sesuatu objek yang tersembunyi sambil menyelesaikan soalan matematik.

Kelas tersebut juga telah diadakan pada bulan lepas dan pada bulan ini supaya mereka semua dapat memahirkan diri dengan bentuk-bentuk dan juga mempercepatkan minda mereka untuk menyelesaikan soalan matematik.

Pada 27 Januari 2017 (Jumaat) yang lalu Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias telah mengadakan Latihan Multimedia iaitu cara-cara membuat video. Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan juga sekolah rendah. Seramai 10 orang peserta yang terlibat dalam kelas tersebut. Petugas Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias memberi tunjuk ajar cara membuat video dengan menggunakan Biteable. Sangat mudah untuk para peserta faham dalam membuat video pendek dengan menggunakan Biteable. Videonya juga lebih menarik dengan dipadankan muzik-muzik yang telah tersedia dan para peserta boleh memilih mengikut kehendak mereka.

 

Setiap bulan dari tahun lalu, guru Tabika KEMAS Kg. Lengkong akan membawa pelajar-pelajarnya ke Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias bagi mengikuti kelas ICT. Pada 24 Februari 2017 yang telah berlangsung kelas ICT bagi pelajar baru berumur 4 tahun dan juga pelajar yang lama. Petugas PI1M mengajar mereka tentang bentuk-bentuk dan juga mengira bentuk.  Tambahan pula, para pelajar diberi latihan untuk mewarna bentuk mengikut jumlah angka yang tertera di screen komputer. Mereka juga menyanyi bersama sambil mengira bentuk. 

Ternyata sesi pembelajaran secara elektronik seperti ini sangat membantu kanak-kanak untuk cepat memahami dan cepat berfikir. Semoga kerjasama daripada Tabika KEMAS Kg. Lengkong dan Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias dapat diteruskan supaya dapat membantu pelajar-pelajar dalam pembelajaran mereka.