PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) telah menarik balik permit mengajar dua orang guru yang terlibat mendera murid dalam kejadian di sebuah tadika swasta di Melaka yang tular di media sosial semalam.

KPM dalam kenyataan hari ini berkata, langkah itu bagi memastikan mereka tidak lagi mempunyai sebarang interaksi dengan murid atau bertugas di tadika berkenaan.

"Pihak pengusaha turut diberi amaran keras berkaitan kecuaian dalam pengoperasian mengendalikan pendidikan kepada kanak-kanak dalam kohort umur empat dan lima," katanya.

Kementerian itu berkata, kejadian tersebut berlaku di sebuah tadika di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh iaitu sebuah tadika swasta berdaftar dengan KPM.

KPM juga telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka untuk membantu pengurusan dan pengoperasian tadika semasa sesi pembelajaran berlangsung. - Bernama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bersempena Hari Guru 2018 pada 16 Mei lalu Pusat Internet Kg. Jambu Rias mengambil kesempatan dengan mengadakan Pertandingan Kad Hari Guru 2018. Pertandingan tersebut telah diadakan pada 6 Mei 2018 yang disertai seramai 5 orang pelajar sekolah rendah. Pertandingan tersebut bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Aktiviti ini bertujuan memberi penghargaan pada guru-guru yang telah banyak mengajar para peserta dan secara tidak langsung menguji tahap kemahiran mereka dalam menggunakan Microsoft Office,Publisher. Semoga aktiviti ini dapat ddilaksanakan lagi pada tahun hadapan. Bagi guru-guru seluruh Malaysia, kami mengucapkan Selamat Hari Guru, semoga titik peluh anda semua mendidik pelajar-pelajar mendapat keberkatan dan pahala berlipat kali ganda.

Kalendar

May 2024
S M T W T F S
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31