Gerai Akok Panas Kak Tie kini semakin popular setelah ramai komuniti yang merasai kuih akok beliau berkongsi di media sosial seperti Instagram dan juga Facebook. Gerai Akok Panas Kak Tie ini sangat mudah dicari kerana gerainya betul-betul ditepi jalan raya, selepas kilang getah Lee Rubber. Jika anda sering menggunakan jalan Bentong Raub anda mungkin pernah melihat gerai beliau. Hanya 8 kilometer daripada bandar Bentong. Gerai Akok Panas Kak Tie juga ada menjual pelbagai kuih tradisional yang lain seperti kuih pulut panggang, kuih pulut dakap dan macam-macam lagi. Kuih Akok Panas Kak Tie sangat digemari ramai kerana rasanya yang sangat berlemak dan lembut..memang sedap..

 

sumber gambar : https://www.facebook.com/pages/Gerai-Kuih-Akok-Panas