The Plantation yang beralamat Lot 2767, Mukim Sabai, 28700 Karak, Pahang ini adalah sebuah tempat penginapan yang dikelilingi hutan sangat sesuai untuk para pengunjung yang ingin merehat diri jauh dari kesebukan kota. 46km daripada Kuala Lumpur, 19.2km daripada Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias, 11.2km daripada Bandar Karak.

Berkonsepkan terbuka, pemilik The Plantation ini menyediakan tempat tidur seperti dorm secara terbuka malahan tempat duduk untuk berehat dapur dan ruang tamu juga sama menjadikan tempat ini sangat santai dan luas. Terdapat juga bilik tidur disediakan bagi pengunjung yang datang bersama pasangan. 

The Plantation menyediakan beberapa fasiliti untuk kemudahan pengunjung seperti kolam renang, kawasan letak kenderaan percuma, tempat BBQ,  mini perpustakaan, taman permainan kanak-kanak, dapur, basikal dan banyak lagi. Para pengunjung boleh melakukan aktiviti seperti berbasikal, berenang dalam kolam renang dan juga di sungai yang berhampiran. Disini juga para pengunjung dibenarkan untuk membawa haiwan peliharaan mereka. 

sumber gambar daripada : www.booking.com

Bagi peminat dan pencinta alam semulaja,terdapat sebuah hotel di pinggir Rizab Hidupan Liar Krua, Bentong dipanggil Acacia Retreat yang harus anda lawati.Kawasan ini terletak kira-kira 46 km dari Kuala Lumpur.Tempat ini merupakan sebahagian kawasan yang menggalakkan anda untuk kembali kepada alam semulajadi yang lebih sihat.Tempat ini juga sangat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa untuk sama-sama menghabiskan masa yang terluang di luar kawasan yang damai dan tenang. Hal ini dapat mengelakkan mereka agar tidak hanya  menghadap komputer ataupun telefon mudah alih sahaja. mereka, Acacia Retreat merupakan kawasan rekreasi yang menggalakkan perkembangan fizikal yang sihat.

Pengunjung dapat menerokai persekitaran hijau,meningkatkan kecergasan otot dan koordinasi selain dapat meningkatkan keyakinan diri.Itulah keajaiban apabila kita menjadikan kawasan yang indah dan menghijau ini sebagai pilihan utama..Di sini, cari semua aktiviti kegemaran anda pada zaman dahulu dapat dinikmati semula. Terdapat permainan dan sukan tradisi yang boleh dilakukan dan secara tidak langsung dapat diperkenalakan pula kepada generasi abad ke-21 selain tempat penginapan yang sangat selesa turut disediakan. Tempat penginapan pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Keadaan persekitaran yang mendamaikan selain bermain dengan alam semula jadi yang menyamankan sememangnya memukau pandangan dan menarik pengunjung agar terus memilih Acacia Retreat bentong sebagai destinasi yang harus dikunjungi.

 

Terdapat 1 tempat yang menjadi tarikan orang ramai di Kg Lengkong yang berdekatan dengan Kg Jambu Rias. Hanya beberapa kilometer daripada Pi1M Kg Jambu Rias dan sebelum ke tempat tersebut, orang ramai akan melewati kawasan pi1m. Tempat yang dimaksudkan adalah Empang Poh. 

Empang Poh menjadi tarikan kaki pancing ikan sungai seperti kelah, baung dan sebagainya. Bila tiba waktu air surut di empang tersebut, ramai oarang akan datang menjala dan menahan pukat bagi menangkap ikan.Malahan pada musim kemarau tiba, ramai orang akan merebut peluang datang kesini untuk menangkap ikan sehingga aktiviti ini diketahui pengemar ikan sungai daripada Kuala Lumpur dan juga kawasan lain. Apabila air seperti sedia kala orang masih datang ke empang tersebut untuk memancing. 

 

D'Teroh Villa yang terletak di Kampung Teroh, 28600 Karak, Pahang, Malaysia, hanya 2.7 kilometer daripada bandar karak dan 6.9 kilometer daripada Kg. Jambu Rias. D'Teroh Villa merupakan salah satu tarikan para pengunjung kawasan sekitar dan juga kepada pengunjung dari jauh yang menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang datang daripada Kelantan dan Terengganu bagi merehatkan diri setelah mengharungi perjalanan jauh. 

Malahan, D'Teroh Villa kerap menerima tempahan bagi majlis-majlis besar seperti majlis perkahwinan, majlis anjuran agensi kerajaan, karnival jualan dan macam-macam lagi. Hal ini kerana D'Teroh Villa bukan sahaja menyediakan bilik-bilik untuk pengunjung malah terdapat ruang yang luas untuk mendirikan beberapa khemah, ruang parking yang banyak, dewan terbuka dan pelbagai lagi.

 

HARGA BILIK DARIPADA:
RM 150 HINGGA RM 200


Sila Hubungi talian berikut untuk tempahan dan pertanyaan:
ANUAR 012-9004971
HJH SITI AISHAH BT HASSAN 019-2371241