Jangan ambil mudah dengan penggunaan telur dalam masakan
Telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala demam, kejang perut dan cirit- birit
Oleh itu, perhatikan dan buat penilaian sebaiknya seperti dikongsikan sebelum membuat pembelian.
Anda juga dinasihatkan untuk:
1. Membeli mengikut keperluan
2. Simpan telur di tempat yang sesuai
3. Basuh telur sebelum guna
 
Sumber : KKM

Makanan seperti ikan, daging, ayam, telur dan legum merupakan sumber protein yang baik. Protein merupakan salah satu makronutrien selain lemak dan karbohidrat.

Protein terbentuk daripada 20 jenis asid amino yang bergabung dalam pelbagai kombinasi bagi menghasilkan hormon, antibodi, enzim, hemoglobin dan sebagainya.

Selain itu, protein membantu membakar kalori dan membina jisim otot seseorang.
Oleh itu, orang ramai perlu memastikan pengambilan protein secukupnya dalam hidangan harian mengikut saranan piramid makanan bagi membolehkan tubuh berfungsi dengan efisien.

Orang ramai dinasihatkan untuk menitik beratkan aspek pemakanan agar kekal sihat sehingga akhir hayat

sumber : KKM

Sistem urinari berfungsi menapis darah daripada bahan toksik serta menghasilkan bahan kumuh seperti air kencing.

Sistem ini terdiri daripada sepasang buah pinggang, sepasang salur ureter, salur uretra dan pundi kencing.

Jangkitan boleh berlaku melibatkan mana-mana organ tersebut apabila bakteria memasukinya. Namun, jangkitan lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita kerana mempunyai saluran uretra yang lebih pendek.

Bagi mengurangkan risiko jangkitan, orang ramai disarankan untuk mengamalkan langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko jangkitan agar sistem tubuh dapat berfungsi dengan efisien

sumber : KKM