Dua tahun yang lalu pisang cheese pernah menjadi viral di Malaysia. Ramai yang mula berniaga pisang cheese setelah ia menjadi popular diseluruh Malaysia. Tidak ketinggalan juga usahawan muda dari Kg. Lengkong ini yang mulakan perniagaan pisang cheese beliau dibawah penjenamaan sendiri iaitu Pisang Stesen. Pada mulanya beliau bersama adiknya berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual disekitar kampung sahaja dan mengambil tempahan yang terhad bergantung pada bekalan pisang mereka.

Kini walaupun pisang cheese semakin dilupakan dan banyak produk makanan lain pula yang menjadi viral, mereka tetap dengan menu pisang cheese mereka, malahan mereka menambah baik menu mereka dengan menampilkan pelbagai perisa pisang cheese yang boleh pelanggan pilih. Malah daripada situ mereka mula mengambil tempahan pisang cheese mereka ke kawasan Karak, Bentong dan juga Raub. Sambutan sangat mengalakkan kerana mereka menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah pelanggan. 

Tahun demi tahun, kini Pisang Stesen sudah berniaga di gerai mereka di Medan Selera Karak. Perniagaan mereka semakin maju dengan penampilan makanan baru iaitu Nasi Kak Wok, sambal garing (ikan bilis) dan juga pengat pisang. Walaupun perniagaan mereka semakin maju, mereka masih menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah pelanggan pada sebelah petang. 

Semoga usahawan muda seperti ini dapat dicontohi oleh golongan muda di luar sana. 

Pn Normala atau nama sebenarnya Nor Mala Bt Azmi merupakan usahawan tempatan yang menerima tempahan kek, roti dan berbagai jenis manisan mengikut kehendak para pelanggan secara atas talian seperti di laman sesawang facebook. Pada mulanya beliau hanya menjual kepada rakan – rakan dan saudara mara sahaja tetapi kini produk yang dihasilkan beliau mula mendapat permintaan dari penduduk kampung dan penduduk di kawasan Bentong

Jika sebelum ini beliau hanya menjual produknya secara kecil-kecilan, pendapatan bulanan beliau kurang dari RM 500 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan juga terhad iaitu rakan- rakan dan sedara mara sahaja. Namun setelah mengikuti kelas keusahawan dan mendapat tunjuk ajar dari petugas PI1M, Beliau mahir menggunakan medium atas talian seperti laman sesawang facebook untuk membuat promosi dan memperkenalkan produk makanan beliau kepada pelanggan diluar kawasan kampung. Pendapatan beliau semakin bertambah dan perniagaan beliau semakin terkenal dan mendapat tempat dihati pelanggan  

 

 

Nurul Collection merupakan perniagaan online yang dimiliki oleh belia wanita Kg. Jambu Rias iaitu Nurul Aidil Bin Muhamad yang berumur 26 tahun. Nurul Collection menyediakan barangan wanita seperti blouse, handbag, aksesori wanita dan lain-lain lagi. Bermula dengan menjual kepada rakan-rakan terdekat, siapa sangka perniagaan onlinenya kini makin mendapat sambutan di merata tempat. Beliau juga ada mengiklankan perniagaan beliau di dalam aplikasi Dashboard iaitu Myshop dibawah keseliaan dan tunjuk ajar Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias.

Tambahan pula, beliau bukan sahaja berniaga secara online, malah beliau juga membuka kedai menjual pakaian untuk para pelanggan beliau yang terletak di sekitar kawasan Karak. Semoga beliau menjadi contoh kepada belia-belia wanita di kampung beliau untuk sama-sama berjaya pada usia muda.

 

Pada 10 Januari 2017 (Selasa) yang lepas telah berlangsung sesi Kelas Keusahawanan Online untuk kaum ibu tunggal dan suri rumah. Kelas dimulakan pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Petugas Pusat Internet 1 Malaysia memberi penerangan tentang bagaimana untuk memulakan perniagaan online dan manfaat-manfaat berniaga secara online kepada para peserta terutama mereka adalah suri rumah sepenuh masa dan ada peserta yang menjadi ibu tunggal.

 

Belia merupakan teras penting yang menggambarkan kewujudan negara pada masa akan datang. Oleh yang demikian, negara bertanggungjawab dalam melahirkan belia-belia negara yang mampu membangunkan negara kelak.

Begitu juga peranan ibu bapa dan masyarakat setempat dalam membentuk belia negara kita dari awal. Malahan, Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias juga bertanggungjawab membantu golongan belia setempat dalam pengetahuan ilmu ICT dan keusahawanan. 

Seperti contoh belia daripada Kg. Jambu Rias iaitu Mohd Azril Bin Talib merupakan usahawan muda yang mengusahakan kedai gunting rambut. Jika sebelum ini beliau hanya bekerja di Genting Highland, kini dengan duit simpanan yang ada, beliau menyewa sebuah kedai bagi membuka perniagaan kedai gunting rambutnya yang pertama di kampung beliau.

Walaupun usia baru mencecah 26 tahun tetapi beliau berjaya mempunyai perniagaan sendiri hasil titik peluh dan juga didorong oleh minat beliau. Tidak hairan apabila kedai beliau mula dikenali ramai setelah mempromosikan perniagaan beliau di media sosial, hasil daripada tunjuk ajar dan kelas yang telah diikuti daripada Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias.

Diharapkan lebih ramai lagi golongan belia kampung yang akan mengikut jejak langkah beliau pada masa akan datang.