En Mohd Azman merupakan usahawan desa yang mempunyai sebuah bengkel besi dalam menyediakan perkhidmatan mengimpal besi untuk beberapa produk seperti pagar rumah, pintu dan tingkap grill, tangga, rak untuk menyusun barang dan banyak lagi. Pendapatan bulanan beliau kurang dari RM 1000 sebulan. Jumlah produk tidak banyak, hanya pintu dan tingkap grill dan pelanggan juga terhad iaitu rakan- rakan dan sedara mara terdekat sahaja. Pendapatan bulanan beliau kurang dari RM 1000 sebulan. Jumlah produk tidak banyak, hanya pintu dan tingkap grill dan pelanggan juga terhad iaitu rakan- rakan dan sedara mara terdekat sahaja. 

Usahawan muda yang menjalankan perniagaan secara atas talian dengan menjual pelbagai produk kecantikan dan pakaian serta menjadi dropship untuk beberapa barangan. Nur Najirah Bt Muhd Sukeri atau pangilan mesranya Jirah berasal dari Kedah dan kini menetap di Jambu Rias setelah berumah tangga menjadikan perniagaan atas talian sebagai sumber pendapatan tambahan beliau.Sebelum berkahwin,beliau sememangnya telah mula berniaga secara kecil-kecilan.Beliau merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau kemudiannya mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan atas talian secara aktif untuk mengisi masa terluang. Sebelum terlibat dengan kelas  komputer dan latihan keusahawanan di Pusat Internet  Kg. Jambu Rias, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 200 sahaja. Rata-rata pelanggan beliau hanyalah  sekitar kampung yang berdekatan sahaja iaitu kenalan, saudara mara dan penduduk kampung yang berhampiran kerana kurangnyya promosi. Setelah mengikuti kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet  Kg Jambu Rias mula mahir menggunakan teknologi maklumat sebagai medium memasarkan dan mengetengahkan produk yang dijual.Beliau turut sentiasa mengemaskini iklan-iklan di facebook milik beliau selain memasarkan barangan tersebut ke page-page perniagaan.Beliau turut diajar untuk menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti untuk memuat naik produk perniagaan beliau ke dalam My Shop.Beliau turut mengaplikasikan pengetahuan teknik-teknik pengiklanan yang berkesan yang di pelajarinya dengan konsisten.Hasilnya,pendapatan hasil jualan tersebut semakin meningkat dan menunjukkan banyak peningkatan setelah menjadi ahli PI dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan.

Susilah Fazyuhanna telah memulakan perniagaan gerai makan beliau iaitu MAQ Kitchen dari tahun 2015. Beliau menjual pelbagai jenis makanan melayu dan juga barat antaranya nasi ayam penyet, pelbagai jenis nasi goreng dan mee, rojak buah, roti john, chicken chop, spaghetti, pencuci mulut dan pelbagai lagi menu yang menarik lain daripada lain. Dengan tertubuhnya MAQ Kitchen, beliau telah membuka peluang pekerjaan kepada anak muda kampung. Beliau mempunyai beberapa pekerja yang membantu kelancaran operasi MAQ Kitchen yang dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad, dari jam 2.00 petang sehingga 10.30 malam. Semasa permulaan pembukaan kedai makan beliau, rata-rata pelanggan hanya dari kawasan sekitar jambu rias dan juga kampung terdekat kerana beliau belum mewar-warkan dimedia sosial tentang kedai makan beliau. Pendapatannya juga hanya sekitar 5 ribu ke 6 ribu sebulan. Kedai makan beliau juga pada ketika itu masih belum dinaikkan papan tanda. Oleh yang demikian, orang luar tidak tahu tentang kedai makannya. Semasa permulaan pembukaan kedai makan beliau, rata-rata pelanggan hanya dari kawasan sekitar jambu rias dan juga kampung terdekat kerana beliau belum mewar-warkan dimedia sosial tentang kedai makan beliau. Pendapatannya juga hanya sekitar 5 ribu ke 6 ribu sebulan. Kedai makan beliau juga pada ketika itu masih belum dinaikkan papan tanda. Oleh yang demikian, orang luar tidak tahu tentang kedai makannya.

Cik Siti Aisyah atau pangilan mersanya Ecah membuka gerai perniagaan menjual burger secara kecil – kecilan dengan menghasilkan pelbagai jenis burger daging dan ayam selain sosej kepada pelanggan.  Gerai buger beliau terletak di Dataran Kg. Jambu Rias yang bersebelahan dengan gerai char kuew teow milik abangnya. Beliau yang sememangnya minat berniaga telah menjadikan perniagaan ini sebagai sumber pendapatan beliau. Pendapatan beliau sebelum ini hanya sekitar RM400.00 setahun kerana pelanggan beliau hanya terdiri dari  penduduk kampung berdekatan sahaja. Beliau juga kurang mahir menggunakan komputer dan internet. Setelah mengikuti beberapa kelas ICT dan keusahawanan terutama kelas My Shop yang di sediakan oleh Pusat Internet Kampung Jambu Rias, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan mula mempromosikan perniagaan beliau melalui atas talian iaitu media sosial sekaligus memperkenalkan lagi  perniagaan beliau dan dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli di gerai miliknya mahupun tempahan untuk dihantar ke rumah.Pendapatan pula semakin meningkat hingga  rm900-RM1000.00 sebulan. 

 

Pn. Norhidayu bte Md Derus membuka perniagaan secara kecil – kecil dengan membeli pelbagai jenis tudung dari  pengilang dan menjual tudung kepada pelanggan setempat megikut permintaan mereka.Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM400 sahaja sebulan. Pelanggan beliau juga terdiri dari penduduk sekitar kampung dan bandar berdekatan. Beliau juga kurang mahir menggunakan komputer.Setelah mengikuti beberapa kelas ICT dan keusahawanan yang di sediakan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kampung Jambu Rias, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan sekaligus memudahkan urusan perniagaan beliau, Beliau kini memiliki akaun instagram,faccebook,wechat,telegram dan whatsapp yang digunakan sebagai medium mempromosi produk yang dijual beliau.