Puan Hazizah atau pangilan mesranya Kak Ijan telah memulakan perniagaan mee kuningnya sejak Januari tahun 2015. Beliau memproses mee kuning dibengkel kawasan kampung dan dijual untuk penduduk setempat sahaja.Sebelum terlibat dengan latihan komputer di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 1000 sahaja iaitu setelah terjual mee kuning dalam 1000 bungkus. Melalui kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malayia Kg. Jambu Rias, beliau kini sudah mempunyai penjenamaan sendiri pada mee kuningnya iaitu ‘Mee Mak Koi’. Beliau juga mula memperkenalkan dan mempromosi ‘Mee Mak Koi’ di laman sesawang facebook dan juga melalui aplikasi Whatsapp. Atas usaha keras beliau sendiri,  kini beliau berjaya memasarkan produk beliau ke pasar raya Mempaga Segar cawangan Karak dan  juga terbaru pasar raya Mempaga Segar cawangan Lanchang. Setiap hari beliau perlu membuat mee kuning dengan kadar yang banyak bagi menampung permintaan yang semakin tinggi. Oleh yang demikian, beliau telah membeli mesin pengadun tepung dan juga mesin mee yang lebih besar bagi proses membuat mee yang lebih efektif.

Pada 23 Julai 2017 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia telah menganjurkan Program Literasi ICT & Dashboard Komuniti 2017 dan seramai 55 orang peserta telah hadir pada program tersebut. Terdapat pelbagai aktiviti dijalankan untuk para peserta yang terdiri daripada kanak-kanak, belia, dewasa dan juga warga emas termasuk Latihan Keusahawanan.

Seramai 10 orang peserta yang telah menyertai latihan tersebut yang terdiri daripada peserta IKS malah Ketua Kampung, Kampung Jambu Rias Tuan Hj Zainal Bin Yaacob juga turut serta. Rata-rata mereka telah mempunyai perniagaan sendiri yang sedang usahakan seperti perniagaa mee kuning, kedai makan dan juga membuat kraftangan. Peserta diberi taklimat tentang medium perniagaan online iaitu My Shop yang boleh digunakan melalui aplikasi Dashboard Komuniti. Latihan tersebut diharap dapat membantu wanita-wanita yang juga usahawan supaya mendapat lebih peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka.  

 

En. Aminalallah merupakan anak kelahiran Kg. Jambu Rias yang pada asalnya hanya menjual getah kini telah menjadi usahawan muda di kampungnya. En. Aminalallah memulakan perniagaan menjual minyak wangi secara kecil – kecilan bermula di rumah.

 

 

Beliau mula mengembangkan perniagaannya sehinga berjaya membuka sebuah kedai minyak wangi di sekitar kampung jambu rias. Perniagaan beliau kini semakin mendapat tempat dan dikenali setelah mempromosinya di medan sosial facebook. 

 

Kini beliau telah mengajikan beberapa pekerja yang terdiri daripada belia Kg.Jambu Rias dan kampung terdekat iaittu Kg. Lengkong bagi membantu beliau menguruskan perniagaannya. Sejerus itu, secara tidak langsung beliau telah membantu belia-belia kampung dari segi pekerjaan. Tahniah kepada beliau kerana berjaya membantu belia-belia kampung. 

 

Muhammad Rahman Bin Sanusi merupakan belia kelahiran Kg. Jambu Rias. Beliau ank kedua daripada 3 beradik. Pada asalnya beliau hanya membantu ibu beliau dalam perniagaan katering namun setelah melihat kejayaan ibunya dalam dunia perniagaan ia mencetus minat beliau bagi mendirikan perniagaan sendiri. Beliau merupakan peniaga kecil-kecilan dalam menjual pelbagai produk yang dibeli dari pengusaha lain. Antara produk yang dijual adalah karipap mini, kerepek-kerepek, biskut, tauhu dan juga sambal hitam buatan ibunya.

Selain daripada itu, beliau juga membantu usahawan-usahawan kecil di sekitar kampung. Beliau membantu mencari pemborong bagi membeli produk orang kamoung dan juga membantu melakukan promosi serta iklan di media sosial. Tambahan pula tindakan beliau tersebut telah membantu meningkatkan perniagaan orang kampung. Semoga akan ada orang-orang muda seperti beliau yang sudi membantu nasib orang kampung dan pandai mencari peluang walaupun di usia muda. 

 

 

Noraswati Bt Abd Aziz

Pemilik "Family Kitchen"

 

Noraswati Bt Abd Aziz atau pun lebih mesra di panggil Kak Nora merupakan usahawan yang berjaya. Beliau yang berasal dari Kg. Jambu Rias ini membuka perniagaan perkhidmatan penyediaan makanan atau pun katering. beliau memulakan perniagaan ini sejak tahun 2015 di sekitar Kampung Jambu Rias dan kampung berdekatan. Perkhidmatan ini merangkumi semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, mesyuarat dan sebagainya. Beliau menyediakan lauk pauk berdasarkan permintaan daripada pelanggan beliau dan mengikut pakej-pakej yang telah beliau sediakan.

Pada awalnya pelanggan yang menggunakan perkhidmatan beliau hanyalah  sekitar kampung yang berdekatan sahaja dan merupakan kenalan, saudara mara dan penduduk kampung sahaja. Kini setelah 2 tahun menjalankan perniagaan ini, pelanggan beliau semakin berkembang maju. Malahan dengan bantuan promosi dan hebahan melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram semakin ramai pelanggan daripada serata kawasan mengetahui perniagaan beliau. 

Bagi menajamkan lagi kemahiran beliau dalam dunia masakan, beliau mengikuti kelas masakan bersama Kolej Komuniti Bentong dan ada juga dari pihak lain. Tambahan pula, dari segi ilmu ICT beliau datang ke Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias bagi menambah ilmu ICT dan juga mengikuti Latihan Keusahawanan.