Mohamad Safuan Shah atau lebih mesra dengan panggilan Safuan membuka gerai di tapak jualan dengan menjual beberapa juadah untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan. Antara menu yang terdapat di gerai beliau adalah daging salai, ikan salai,ikan pekasam dan beberapa jus buah seperti jus manga,jus nenas dan tembikai. Beliau juga menyediakan air soya yang dibuat sendiri. Beliau juga dibantu oleh adik dan juga sepupu beliau. Sebelum membuka gerai pada bulan ramadan beliau hanya mengambil tempahan makanan dan air untuk majlis tertentu dan pendapatan beliau tidak tetap. Kemudian beliau membuka gerai setiap kali ramadan atas permintaan penduduk setempat dan pelanggan yang pernah merasai masakan beliau. Malahan pada awal pembukaan gerai, beliau hanya membuat menu makanan menggunakan kertas manila dan tulisan tangan. Melalui kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet  Kg. Jambu Rias, beliau kini mula memperkenalkan dan mempromosi gerai makan beliau melalui Facebook dan juga whatsapp. Beliau juga berjaya membuat menu gerai dengan menggunakan Microsoft word hasil didikan petugas. Menu tersebut lebih menarik perhatian pelanggan dan lebih mudah dibaca. Gerai beliau kian bertambah pelanggan dari hari ke hari atas bantuan media sosial dan pendapatan beliau juga makin meningkat dalam lingkungan RM800 – RM1200 sepanjang bulan Ramadan.

Siti Faridah Bt Hj Mohd Saad merupakan usahawan wanita yang membuka perniagaan membuat pelbagai jenis kek,roti, kuih muih, lauk pauk dan banyak lagi. Beliau juga menerima tempahan masakan untuk sebarang majlis seperti kenduri tahlil / doa selamat, majlis hari lahir dan rumah terbuka. Beliau bekerja sendiri dan hanya dibantu oleh suami beliau untuk menghantar tempahan kepada pelanggan. 

Melalui kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet  Kg. Jambu Rias, beliau kini semakin dikenali daripada pelbagai daerah melalui hebahan dan hasil promosi melalui media sosial yang dipelajari beliau. Beliau juga semakin mahir menggunakkan komputer untuk tujuan mencari resepi-resepi baru, menaip rekod hasil jualan beliau dan membuat iklan. Malahan dengan hasil jualan yang semakin bertambah beliau mampu membeli beberapa kelengkapan masakan untuk meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan pelanggan. Pendapatan beliau naik sehingga RM1500 – RM2000 sebulan. Disamping itu, beliau mengambil kesempatan sempanjang bulan Ramadan dengan menjual pelbagai jenis kuih muih dan juga tauhu begedil. Tambahan juga untuk hari raya yang bakal tiba beliau juga menerima tempahan membuat ketupat palas sejuk beku.