Tujuan |
|||
Latihan ini bertujuan membantu peserta dalam kemahiran penggunaan Internet |
|||
Aktiviti |
|||
Melalui latihan ini peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan Internet dan menjawab ujian secara atas talian. Peserta mendapat jemputan untuk menduduki ujian kemasukan SMA 2021. Peserta meminta bantuan petugas untuk mengajar cara untuk menjawab ujian tersebut. Oleh itu, petugas menunjukkan cara-cara untuk membuka laman web untuk menduduki ujian. Ujian tersebut berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 10 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Peserta mendapat jemputan untuk menduduki ujian kemasukan SMA 2021. Peserta meminta bantuan petugas untuk mengajar cara untuk menjawab ujian tersebut.
|
Tujuan |
|||
Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft word dan memuat turun gambar di Internet. |
|||
Aktiviti |
|||
Melalui latihan ini peserta dapat memahirkan penggunaan Microsoft word terutama dalam penyusunan gambar yang diambil di google. Kemudian cara untuk menyimpan dokumen yang telah siap dibuat. Petugas memberi tunjuk ajar cara copy imej daripada Google kemudian menyusun setiap gambar tersebut ke dalam Microsoft word dengan kemas dan teratur. Setelah itu, peserta diberi tunjuk ajar cara menyimpan dokumen yang telah siap dibuat ke dalam pendrive untuk dicetak.
|
Tujuan |
|
Membantu peserta dalam menjawab soalan peperiksaan secara atas talian. Membantu peserta dalam menjawab soalan peperiksaan secara atas talian. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini peserta dapat mengetahui cara untuk menduduki peperiksaan SPA di laman web. Dengan bantuan petugas, peserta membuka laman web SPA terlebih dahulu. Peserta bersedia menjawab soalan yang bermula pada pukul 10.00pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengah hari. |
Tujuan |
|
Aktiviti ini bertujuan membantu peserta dalam membuat QR Code MySejahtera untuk diletakkan di setiap premis perniagaan selaras arahan daripada pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, peserta dapat mengetahu cara mendaftar aplikasi Mysejatera dan meningkatkan kesedaran peserta dalam membantu pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara kita. Hal ini kerana, kerajaan mewajibkan kesemua premis perniagaan menggunakan QR Code MySejahtera bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan. Petugas menunjukkan cara membuat QR Code My Sejahtera kepada peserta. Peserta diminta membuka laman sesawang mysejahtera.malaysia.gov.my dan mendaftar masuk. Kemudian, peserta memasukkan maklumat peribadi yang diperlukan dengan bantuan petugas. Setelah siap, peserta memuat turun QR Code tersebut untuk dicetak. |
Tujuan |
|||
Latihan ini bertujuan membantu peserta meningkatkan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Word. Latihan ini bertujuan membantu peserta meningkatkan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Word. |
|||
Aktiviti |
|||
Melalui latihan ini peserta dapat mengetahui cara penggunaan Chart dan SmartArt Microsoft word. Melalui latihan ini peserta dapat mengetahui cara penggunaan Chart dan SmartArt Microsoft word. Petugas mengajar peserta cara menggunakan chart yang mana berfungsi untuk menampilkan chart wizard untuk pembuatan Graphic di dokumen. Petugas menunjukkan berbagai macam chart iaitu column, Line, Pie, Bar, surface, Doughnut, Bubble dan juga rada. Kemudian, petugas memberi tugasan kepada peserta untuk membuat Chart yang bersesuaian dengan data yang diberi.
|