Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu peserta menguruskan cukai secara atas talian melalui portal rasmi LHDN ezHASiL

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, dapat memudahkan peserta menguruskan dan membuat semakan tentang cukai pendapatan yang selama ini dibuat secara manual di cawangan LHDN.  Peserta diarah untuk membuka Internet Explorer dan menaip url portal ezHASiL. Setelah itu, peserta diberi tunjuk ajar cara mendaftar akaun ezHASiL buat kali pertama dengan berpandukan langkah-langkah yang telah diberi oleh pihak LHDN. Selepas berjaya membuat pendaftaran, peserta diminta untuk menyemak data yang telah tersedia, kemudian mengisi maklumat yang diperlukan.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Word.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini peserta dapat memahirkan diri dalam penggunakan Microsoft Word dan membuat kalender dengan mudah dan cepat dengan hanya menggunakan templete yang sedia ada.Petugas meminta peserta membuka Ms Word terlebih dahulu. Kemudian, petugas menunjukkan jenis- jenis templete yang sedia ada di dalam Ms Word sebagai contoh templete resume, brochure, flyers dan calendar.  Setelah itu, peserta diminta memilih templete calendar 2021 dan mengisi maklumat didalam kalender seperti tarikh cuti Am. Apabila selesai, peserta diminta untuk mengisi jadual belajar dan planner di dalam kalender tersebut.

Gambar Disini

Tujuan 

Aktiviti ini bertujuan membantu peserta membuat akaun Facebook untuk Perpustakaan Desa Jambu Rias

 

Aktiviti 

Dengan adanya latihan seperti ini, dapat membantu dan memudahkan peserta untuk membuat pendaftaran akaun Facebook buat pertama kali. Setelah itu, memudahkan peserta untuk membuat sebarang pengumuman dan hebahan aktiviti kepada komuniti. Peserta diarahkan untuk membuka google kemudian menaip Facebook dan memilih cipta akaun baru. Setelah itu, peserta diminta untuk mengisi maklumat yang diperlukan dan mencipta kata laluan. Selesai membuat pendaftaran akaun baru, kemudian peserta diberi tunjuk ajar untuk memuat turun aplikasi Facebook di telefon pintar beliau dan cuba masuk akaun baru yang telah didaftarkan. Peserta diajar cara untuk mencari rakan dan membuat pengumuman di laman Facebook Perpustakaan Desa Jambu Rias.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu peserta memperbaiki dan menambah baik dalam membuat resume mengikut format yang terkini.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini peserta dapat membuat persediaan temuduga lebih awal dan dapat mempelajari teknik  dan format terkini dalam membuat resume.  Petugas memberikan sedikit penerangan pengenalan kepada resume dan menunjukkan contoh-contoh resume terkini supaya peserta dapat menggambarkan apa itu resume dengan membuka aplikasi PostermyWall. Terdapat pelbagai templete dan design yang menarik yang boleh peserta pilih. Setelah itu, peserta diminta untuk memilih templete yang diingini dan kemudian mengisi maklumat peribadi dan akademik. Kemudian, peserta juga diberi tunjuk ajar cara untuk memasukkan gambar ke dalam templete resume.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Word.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat meningkatkan daya kretiviti dan kemahiran penggunaan perisian komputer. Peserta diberi penerangan menggunakan perisian MS Power Point untuk membuat pembentangan berkenaan jenis perayaan yang disambut di Malaysia. Pelajar diberi tunjuk ajar menaip tajuk dan memasukkan gambar-gambar bertemakan perayaan di Malaysia yang diambil di internet.

Gambar Disini