Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu pelajar lepasan SPM mengisi borang permohonan UPU online disamping mempromosikan Dashboard Komuniti.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat mengetahui cara memohon UPU online dengan betul setelah diberi penerangan oleh petugas.  Petugas membantu pelajar lepasan SPM mengisi borang permohonan UPU online bermula dengan pendaftaran akaun, semak syarat dan pengisian borang UPU. Petugas turut memberi penerangan kepada peserta cara-cara mengisi permohonan UPU dengan betul dan bersesuian dengan kelayakan akademik peserta agar kebarangkalian untuk mendapat memasuki IPTA lebih tinggi. Setelah selesai, mereka diberi taklimat berkaitan Dashboard Komuniti.

Gambar Disini

 

 

Tujuan 

Aktiviti ini bertujuan membantu peserta mempelajari perisian komputer secara komprehensif.

   

Aktiviti 

Dengan kerjasama dari pihak Perpustakaan Desa Jambu Rias, PI telah berjaya membuat aktiviti dan kelas ICT bersama pelajar sekolah rendah. Kelas bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 5.30 petang iaitu melibatkan 4 orang peserta.

  • Program ini turut dibantu oleh 1 orang petugas perpustakaan sepanjang program berlangsung.
  • Pelajar diberi pendedahan menggunakan perisian E-pembelajaran supaya sistem pembelajaran menjadi lebih menarik dan mengadakan permainan pendidikan kepada peserta.
  • Selain kelas ICT, petugas juga mengadakan pertandingan membuat sandwish kepada peserta bagi mencungkil bakat dalam memasak.
  • Pada akhir aktiviti, petugas memberikan sedikit taklimat berkenaan Klik Dengan Bijak dan truth campaign kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong serta kuiz KDB pada peserta. Kelas bermula jam 2.30 petang hingga 5.30 petang yang terdiri dari 4 orang peserta sekolah rendah

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu ibu bapa membuat pendaftaran anak mereka ke pra sekolah bagi tahun 2023

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini, dapat memudahkan ibu bapa  membuat pendaftaran anak-anak mereka ke pra sekolah bagi tahun 2023 dengan bimbingan petugas PIK.  Para peserta diminta untuk membuka carian Google dengan menaip url https://eprasekolah.moe.gov.my/ . Setelah itu peserta perlu membuat daftar pengguna untuk masuk ke dalam sistem bagi ibu bapa yang ingin membuat permohonan buat kali pertama. Apabila selesai, mereka kemudian perlu memasukan maklumat anak, maklumat ibu bapa/penjaga dan sekolah yang ingin didaftarkan.

Gambar Disini

Tujuan 

Aktiviti ini bertujuan membantu peserta dalam mempromosikan barangan usahawan.

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat meningkatkan daya kretiviti dan kemahiran penggunaan perisian komputer.  Petugas memberi penerangan tentang cara-cara memilih imej yang bersesuaian untuk disunting menggunakan perisian yang telah ditetapkan oleh petugas. Peserta dapat menyiapkan tugasan dengan baik dan kemas sebagaimana yang dikehendaki.

 

Gambar Disini

Tujuan 

Aktiviti ini bertujuan membantu peserta dalam mempromosikan barangan usahawan.

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat mengetahui teknik pengambilan gambar produk e-commerce agar dapat pemasaran yang efektif.  Petugas menerangkan beberapa teknik yang boleh membantu dalam cara pengambilan gambar yang cantik dan boleh menarik perhatian pembeli. Kemudian, peserta diberi peluang untuk mencuba mengambil gambar produk dengan meletakkan di portable photo studio. Pelbagai sudut dan teknik yang telah dipelajari oleh peserta. Setelah itu, peserta juga membuat pengambaran video berkaitan produk yang dijual oleh beliau. Dengan ini dapat membantu meningkatkan hasil jualan peserta.

 

Gambar Disini