Tujuan Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tentang perisian power point yang dapat digunakan untuk tujuan pembentangan slide supaya lebih kreatif dan menarik. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, peserta dapat mengetahui cara penggunaan Microsoft Word dan mereka juga diberi latihan untuk mencipta satu Biodata diri mengikut format yang diberi. Peserta diarah untuk membuat "MyBiodata" yang mengandungi 3 slide dengan design yang berbeza, membuat transition pada setiap slide dan memasukkan bunyi pada setiap slide. Petugas akan memberi tunjuk ajar pada setiap task yang diberikan. Dengan ini peserta akan lebih mudah memahami cara penggunaan Microsoft Power Point. Setelah kelas ms powerpoint tamat, petugas juga telah mengadakan Kelas Advokasi Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Untuk Berbohong dan Klik dengan Bijak. |
Tujuan Aktiviti ini bertujuan membantu peserta dalam mempelajari penggunaan aplikasi Google Meet agar memudahkan urusan peserta dalam mengikuti aktiviti pembelajaran PdPR |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini peserta dapat mengetahui cara penggunaan Google Meet secara efisyen memandangkan aktiviti pembelajaran menggunakan kaedah secara maya. Peserta mendaftar masuk email terlebih dahulu. Kemudian, peserta diminta membuka google meet dan copy link/ID tersebut untuk diberikan kepada pelajar yang akan memasuki kelas. Petugas menunjukkan kepada peserta cara-cara membuat Google Meet Auto Admit dan membuat Google Meet Attendance. Selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar dalam cara membuat sharing screen slide presentation untuk memudahkan peserta membuat presentation kepada pelajar sekolah beliau. |
Tujuan Latihan ini bertujuan membantu peserta dalam memahirkan penggunaan internet. |
|
Aktiviti |
|
Meningkatkan pengetahuan peserta dalam membuat permohonan pengeluaran KWSP (I-Sinar) secara atas talian dan kemahiran penggunaan internet. Petugas meminta peserta membuka laman sesawang www.kwsp.gov.my membantu peserta dalam membuat pengemaskinian maklumat peribadi. Kemudian, peserta membuat permohonan I-Sinar secara atas talian dan mengisi maklumat yang diperlukan dan melampirkan dokumen sokongan. Setelah selesai, peserta menyimpan dan mencetak borang permohonan untuk simpanan peribadi. |
Tujuan Aktiviti ini bertujuan membantu peserta dalam membuat QR Code MySejahtera untuk diletakkan di setiap premis perniagaan selaras arahan daripada pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, peserta dapat mengetahu cara mendaftar aplikasi Mysejatera dan meningkatkan kesedaran peserta dalam membantu pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara kita. Hal ini kerana, kerajaan mewajibkan kesemua premis perniagaan menggunakan QR Code MySejahtera bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan. Petugas menunjukkan cara membuat QR Code My Sejahtera kepada peserta. Peserta diminta membuka laman sesawang mysejahtera.malaysia.gov.my dan mendaftar masuk. Kemudian, peserta memasukkan maklumat peribadi yang diperlukan dengan bantuan petugas. Setelah siap, peserta memuat turun QR Code tersebut untuk dicetak. |
Tujuan Membantu peserta membuat permohonan nikah dan juga memohon salinan kad nikah |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, petugas dapat membantu peserta membuat permohonan nikah dan Salinan kad nikah yang baru melalui sistem e-munakahat. Petugas memberi link laman sesawang e-munakahat kepada peserta untuk dilayari. Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta cara untuk mendaftar akaun e-munakahat. Setelah selesai membuat pendaftaran, peserta kemudiannya mengisi maklumat diri seperti yang diperlukan. Bagi pasangan yang ingin berkahwin, mereka dikehendaki mengisi maklumat lengkap diri, pasangan, wali dan juga saksi. Bagi kad nikah yang telah rosak, patah atau hilang, peserta perlu membuat permohonan salinan kad nikah yang baru kemudian perlu menyerahkan surat permohonan tersebut kepada pejabat agama terdekat. |