Tujuan 

Aktiviti ini bertujuan menjana kreativiti dan idea di kalangan peserta

 
   

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat menggunakan internet dengan berhemah iaitu dengan menonton tutorial sampul raya DIY di Youtube seterusnya mendapat idea untuk membuat secara DIY.  Petugas membuka video tutorial membuat sampul raya di Youtube kepada peserta. Kemudian petugas menyediakan bahan bahan untuk membuat sampul. Peserta mengikut tutorial yang telah dipelajari dengan bantuan petugas.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang rukun Islam yang ke 3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan melalui kuiz Online kepada peserta.

 
   

Aktiviti 

Melalui latihan ini peserta dapat menambahkan ilmu pengetahuan bab berpuasa di bulan Ramadhan melalui kuiz yang telah disediakan oleh petugas.  Peserta menjawab soalan kuiz melalui google docs yang disediakan oleh petugas. Antara soalan kuiz yang diajukan adalah berdasarkan bulan Ramadhan. Jumlah soalan yang dibuat adalah sebanyak 1 5 soalan dan terbuka kepada semua komuniti dan ahli pusat internet komuniti kg jambu rias.

 

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan adalah untuk membantu peserta membuat pendaftaran QR Code bagi aplikasi MySejahtera.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini peserta dapat mengetahui cara-cara mendaftar aplikasi MySejahtera dan membuat QR code untuk kegunaan premis perniagaan mereka.  Peserta diperkenalkan dengan QR code aplikasi My Sejahtera. Mereka diberi penerangan oleh petugas mengenai kepentingan menyediakan QR code tersebut. Kemudian mereka dibimbing untuk menghasilkan QR code yang diperlukan.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini dilaksanakan untuk membantu peserta membuat online banking dan memahami kaedah penggunaan yang selamat.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini peserta dapat mengetahui cara penggunaan online banking dan langkah keselamatan yang perlu diambil. Petugas menerangkan tentang fungsi dan cara menggunakan online banking kepada peserta. Peserta mempelajari setiap fungsi yang terdapat di dalam perbankan atas talian. Setelah berjaya mendaftar BSN online, peserta membuat pemindahan wang buat kali pertama dan menyimpan resit transaksi untuk diberi kepada pelanggan dengan bantuan petugas.

Gambar Disini

Tujuan 

Aktiviti ini bertujuan membantu peserta dalam memindahkan gambar dan video ke dalam komputer.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat mengetahui cara memindahkan dokumen daripada pendrive ke komputer dengan mudah.  Petugas meminta peserta membuka file yang berada di dalam pendrive terlebih dalulu. Kemudian, petugas mengajar peserta cara memindahkan gambar dan video ke dalam komputer. Peserta juga turut diajar cara eject pendrive sebelum kita mencabut dari port USB.

Gambar Disini