Tujuan |
|
Taklimat ini bertujuan membentuk kesedaran terhadap jenayah buli siber yang banyak memberi kesan buruk kepada diri dan mayarakat selain dari membuat pemeriksaan kesihatan percuma.Antara lain,peserta juga mendapat perkara baru iaitu cara menghasilkan video. |
|
Aktiviti |
|
Melalui taklimat ini, peserta dapat mengenal pasti dan mempelajari mengenai jenayah buli siber dan kesan negatif kepada diri dan masyarakat. Petugas juga menerangkan kewujudan portal mysebenarnya.my. Selain itu, petugas membuat peemeriksaan kesihatan dan menjalankan kelas membuat video untuk menambahkan kemahiran peserta. Petugas memberi taklimat menerangkan kesan negatif buli siber sekiranya masalah ini tidak dibendung sambil menayangkan video Klik Dengan Bijak di Youtube.Selain itu,petugas membuat pemeriksaan kesihatan kepada peserta.Antara lain,petugas turut menjalankan kelas membuat video asas kepada peserta untuk menambahkan ilmu. |
Tujuan |
|
Aktiviti ini diadakan untuk memberi lebih pendedahan terhadap aplikasi Dashborad dan kelebihannya selain memahirkan lagi teknik menggunakan Microsoft publisher. |
|
Aktiviti |
|
Melalui program ini,peserta mendapat lebih pendedahan terhadap aplikasi Dashborad dan kelebihannya kepada komuniti terutama dalam menyampaikan maklumat setempat Selain itu, melalui program ini juga dapat membantu peserta untuk besaing dengan yang lain dalam mempraktikkan kemahiran menggunaka n publisher. Petugas memberi penerangan kelebihan dan manfaat mengenai aplikasi dashboard terutamanya My Komuniti kepada peserta.Kemudian petugas memberi arahan kepada para peserta untuk membuat satu kad ucapan Hari Bapa menggunakan Microsoft Publisher.Peserta diberi kebebasan dalam menghasilkan kad yang kreatif. |
Tujuan |
|
Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta terutamanya pelajar untuk membuat permohonan pinjaman pendidikan secara atas talian |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini dapat melahirkan dan melatih peserta untuk lebih peka dengan peredaran semasa dunia internet yang mana mereka boleh membuat pelbagai perkara penting di hujung jari.Sebagai contoh, mereka boleh memohon pinjaman pendidikan atas talian sekiranya ingin melanjutkan pelajaran. Petugas memberi penerangan ringkas kepada peserta berkenaan laman-laman web atas talian berkaitan pendidikan. Petugas turut memberi tunjuk ajar cara membuat permohonan pendidikan atas talian secara detail. Peserta diberi masa untuk membuat sendiri permohonan dan kemudian meneliti semula maklumat yang diisi untuk memastikan permohonan tersebut lengkap. |
Tujuan |
|
Latihan ini bertujuan memberi pendedahan membuat resume berkualiti dan bagi tujuan permohonan pekerjaan pada lepasan kolej dan belia |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini peserta terdedah kepada membuat resume yang menarik dan terkini bersesuaian dengan peredaran masa untuk memohon pekerjaan. Petugas memberi penerangan mengenai resume yang terkini yang mampu menarik pihak majikan untuk memberi peluang kepada pemohon untuk menghadiri temuduga bagi kekosongan yang ditawarkan.Dengan menggunakan Microsoft Word,peserta diminta menghasilkan semula resume dengan mengikut konsep dan teknik yang diajar petugas. |
Tujuan |
|
Latihan ini diadakan untuk memberi pendedahan terhadap kepelbagaian penggunaan internet termasuklah dalam matapelajaran matematik |
|
Aktiviti |
|
Melalui program ini peserta dapat lebih pendedahan tentang kepelbagaian penggunaan kemudahan internet. Selain itu, melalui program ini, dapat membantu peserta mempelajari langkah-langkah asas tentang cara menggunakan komputer dengan berkesan serta mengaplikasi kemahiran komputer dalam kehidupan harian mereka terutamanya dalam menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. Petugas memberi penerangan ringkas mengenai medium carian di internet yang berkaitan dengan tugasan yang telah diberikan oleh guru mereka di sekolah.Beberapa aktiviti diadakan seperti copy paste, membuat kiraan mudah dan berstruktur bagi memudahkan pengiraan dan pemahaman mereka. |