Tujuan 

Latihan ini diadakan bagi menambah pengetahuan pelajar tentang kelebihan Microsoft powerpoint dan excel.

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini para pelajar diberi tunjuk ajar oleh petugas tentang kelebihan Microsoft powerpoint dan excel iaitu dengan memberi latihan menarik kepada mereka.  Petugas memberi sedikit taklimat ringkas kepada pelajar dengan menunjukan contoh jadual harian yang dibuat menggunakan powerpoint. Setelah memberi tunjuk ajar, pelajar kemudianya membuat jadual harian mereka sendiri mengikut kreativiti masing-masing. Setelah selesai, mereka diberi tunjuk ajar bagaimana membuat rekod kewangan pula. Petugas memberi taklimat kepada mereka cara untuk memasukkan formula kira-kira kedalam rekod kewangan mereka supaya penolakan dan penambahan duit dalam rekod mereka dibuat secara automatik. Akhir sekali mereka diberi penerangan tentang keselamatan ketika menggunakan media social dan internet dengan menayangkan video.

Gambar Disini

Tujuan 

Membantu peserta mempelajari membuat kad perniagaan menggunakan Microsoft Publisher

   

Aktiviti 

Latihan ini dapat memberi pengetahuan kepada peserta cara membuat kad nama yang kreatif dan mengikut format yang betul.  Petugas memberi sedikit penerangan berkenaan asas perniagaan dan meminta peserta untuk memikirkan satu bentuk perniagaan dan membuat kad perniagaan yang diusahakan dengan bantuan petugas.

Gambar Disini

Tujuan 

Program yang dianjurkan bertujuan melestarikan PI sebagai pusat ict dan Kesihatan selain mengeratkan kerjasama dengan komuuniti kg,agensi,mpkk dan ngo  serta mewujudkan komunitii mesra ict dan Teknologi

   

Aktiviti 

Pengunjung dapat menyertai pelbagai Pertandingan ict dan Kesihatan selain dapat mendekatkan diri dengan agensi Kesihatan yang dijemput.Pengunjung turut dapat membuat Pemeriksaan Kesihatan untuk mengetahui tahap Kesihatan masing-masing.  Program dimulakan dengan pendaftaran pengunjung dan aktiviti zumba.Program diteruskan dengan pelbagai Pertandingan,pameran dan taklimat yang telah disusun sepanjang program berlangsung.Program diakhiri dengan  penyampaian hadiah dan jamuan.

Gambar Disini

Tujuan 

Membantu semua wakil MPKK mukim Sabai mengemaskini profile setiap kampung

   

Aktiviti 

Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian internet di PI Kg Jambu Rias, latihan ini membantu semua wakil setiap MPKK untuk mengemaskini profile kampung dan dibantu oleh petugas PI Kg Jambu Rias. Sebelum kelas bermula Dato’ Mohd Zulkifli Bin Hashim iaitu Pegawai Daerah Bentong yang baharu hadir membuat lawatan dan membuat sedikit perbincangan dengan semua wakil MPKK yang hadir. Kemudian beliau berminat untuk melihat semua kemudahan yang terdapat dalam PI Kg Jambu Rias dan menyertai jamuan ringan. Setelah selesai lawatan, petugas memulakan kelas dengan  memberi penerangan kepada semua peserta bagaimana untuk membuka laman sesawang Sistem Profile Kampung Peringkat Nasional (SPKPN). Kemudian petugas memberi tunjuk ajar cara untuk menyunting gambar-gambar mengikut saiz yang betul supaya  mudah di muat naik ke dalam profile kampung

Gambar Disini

Tujuan 

Membantu peserta meningkatkan kemahiran berkaitan internet dan komputer.

   

Aktiviti 

Kelas ini bertujuan untuk membantu pelajar mempelajari asas komputer dengan Menaip artikel di Microsoft Word.peserta juga diajar membuat poster secara atas talian.  Petugas memberi penerangan ringkas berkenaan peraturan di Pusat Internet.Petugas kemudian meminta pelajar untuk Menaip artikel menggunakan Microsoft Word untuk menguji tahap kemahiran pelajar.pelajar turut diajar membuat poster menggunakan postermywall.

Gambar Disini