Tujuan |
|
Latihan ini bertujuan memberikan pengetahuan kepada peserta tentang medium laman sesawang yang boleh memuat turun video. |
|
Aktiviti |
|
Dengan adanya laman sesawang yang membolehkan peserta memuat turun video kesukaan mereka, peserta bole melihat video tersebut bila-bila masa sahaja. Sebelum latihan dijalankan, petugas menunjukkan kepada peserta beberapa pilihan laman sesawang yang boleh dilawati untuk memuat turun video mahupun hanya sekadar untuk menonton pelbagai cerita menarik yang terkini. Malahan peserta juga mampu memilih pelbagai jenis cerita daripada dalam dan juga luar negara. |
Tujuan |
|
Latihan ini diberikan bagi tujuan memudahkan peserta dalam urusan perbankan secara atas talian. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini peserta dapat membuat semakan akaun bank dan juga memindahkan wang daripada akaun beliau ke akaun yang lain hanya melalui aplikasi perbankan atas talian. Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang bagaimana mahu menyemak wang keluar masuk dalam tempoh sebulan mengikut bulanan yang dimahukan. Malahan selepas itu, peserta mempelajari cara memindahkan wang daripada akaun beliau ke akaun yang berbeza bank. |
Tujuan |
|
Latihan ini bertujuan menguji ketangkasan peserta dalam menaip menggunakan komputer. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini peserta dapat mengetahui tahap ketangkasan masing-masing ketika menaip sesuatu artikel menggunakan komputer. Sebelum bermula ujian menaip pantas, peserta-peserta diberi sedikit penerangan oleh petugas tentang artikel-artikel yang mereka perlu taip ketika ujian berlangsung. Malahan peserta juga diberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan aplikasi rapid typing ketika ujian tersebut dilaksanakan. |
Tujuan |
|
Latihan ini bertujuan melatih para peserta menjawab soalan matematik dengan tangkas serta memuat naik tentang keberkesanan menjawab soalan matemaik secara atas talian dalam aplikasi dashboard komuniti. |
|
Aktiviti |
|
Latihan ini diberikan kepada peserta supaya dapat memupuk rasa minat mereka kepada subjek matematik dan agar mereka dapat mempelajari dalam cara yang lebih menarik. Latihan ini dimulakan dengan petugas mengarahkan para peserta untuk membuka laman sesawang yang menyediakan pelbagai soalan matematik dengan berbagai pilihan tahap kesukaran secara atas talian. Mereka diberikan masa tertentu untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Setelah selesai petugas memberikan sedikit perkongsian tentang jawapan bagi soalan yang agak sukar bagi peserta-peserta. Kemudian peserta diminta untuk berkongsi pandangan mereka dalam dashboard komuniti tentang kaedah menjawab soalan matematik secara atas talian yang telah mereka lakukan. |
Tujuan |
|
Latihan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang maklumat palsu yang semakin mudah tersebar melalui media sosial dan juga sambil itu bagi menguji ketangkasan para peserta. |
|
Aktiviti |
|
Melalui program ini peserta dapat menguji ketangkasan masing-masing dalam menyelesaikan puzzle yang telah disediakan kemudian memberi lebih pendedahan kepada semua peserta tentang maklumat palsu yang semakin mudah tersebar dan langkah yang harus diambil supaya tidak terjebak dengan golongan yang gemar menyebarkan berita palsu. Latihan dimulakan dengan pertandingan puzzle Tidak Pasti Jangan Kongsi. Pemenang dipilih mengikut peserta yang paling pantas menyelesaikan puzzle tersebut. Setelah semua peserta selesai menyiapkan puzzle, kemudian petugas memberi sedikit penerangan tentang langkah yang perlu diambil bagi menghindar menjadi mangsa maklumat palsu serta tidak menjadi penyebar maklumat palsu. |