Tujuan |
|
Latihan ini diadakan bagi membantu petugas Perpuskaan Desa Jambu Rias membuat laporan menggunakan format yang betul. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini dapat membantu peserta membuat laporan bulanan dengan lebih tersusun dan jelas. Selain itu, dapat mempercepatkan kerja peserta setelah mengetahui bagaimana menyusun gambar aktiviti dengan hanya menggunakan Microsoft word sahaja. Peserta diberi tunjuk ajar bagaimana mahu memuat turun gambar daripada laman sesawang kemudian bagaimana mahu menyimpan dalam satu folder. Setelah itu, peserta diberi contoh format laporan bulanan dan petugas memberi penerangan kepada peserta cara yang betul untuk menyusun gambar supaya tidak bertindih dan teratur kemas mengikut aktiviti. |
Tujuan |
|
Latihan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang komponen-komponen komputer dan fungsinya |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini peserta dapat mengetahui komponen-komponen komputer yang ada dan fungsi setiap komponen tersebut. Malahan peserta juga dapat memngetahui bagaimana untuk menyusun gambar-gambar komponen yang telah dicari di carian Google pada Microsoft word. Latihan ini dimulakan dengan petugas memberi penerangan kepada peserta bagaimana mahu mencari gambar dan juga fungsi setiap komponen-komponen komputer di carian Google. Setelah berjaya mencari maklumat yang diperlukan kemudian petugas menunjuk kepada peserta cara untuk menyusun gambar yang dicari pada Microsoft word secara teratur bersama fungsi dibawah gambar tersebut. |
Tujuan |
|
Kelas ini diadalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan aplikasi Microsoft Publisher untuk menghasilkan kad ucapan hari jadi. |
|
Aktiviti |
|
Melalui program ini peserta dapat mengetahui cara mudah dan menarik untuk menghasilkan kad hari jadi menggunakan Microsoft Publisher. Petugas menunjukkan cara dan memberi penerangan secara details membuat kad ucapan hari jadi menggunakan Publisher.Peserta diajar mengubah tulisan,warna,gambar yang menarik untuk mengjhasilkan kad yang kreatif.Petugas kemudian meminta peserta menghasilkan sendiri kad ucpaan mengikut kreativiti masing-masing. |
Tujuan |
|
Memberi bantuan dari segi kewangan, barang keperluan harian dan juga tenaga bagi penduduk yang memerlukan serta yang serba kekurangan |
|
Aktiviti |
|
Dapat memberi sedikit sumbangan kepada ibu tunggal, warga emas dan golongan yang memerlukan. Malah dapat memberi tenaga positif melalui kaunseling. Program bermula dengan sesi pendaftaran kehadiran para pengunjung serta sarapan pagi. Kemudian beberapa aktiviti sukaneka kanak-kanak diadakan diluar dewan dalam masa yang sama beberapa aktiviti dijalankan didalam dewan seperti demo solekan, demo memasak takoyaki dan juga pertandingan daripada Pi1M Kg. Jambu Rias seperti words search kanak-kanak & dewasa, E-waste serta kuiz KDB |
Tujuan |
|
Program ini bertujuan mempromosi pusat internet selain dari memberi pendedahan tentang kemudahan dan maklumat berkaitan ICT |
|
Aktiviti |
|
Program bersama Pusat Internet 1 Malaysia Kg Jambu Rias dan Perpuastakaan Desa Kg Jambu Rias serta beberapa agensi yang membuat pameran dilihat membeeri impak positif kepada komuniti setempat.Selain dapat meningkatkan pemahaman komuuniti tentang aspek pembacaan,masyarakat juga sedar tentang kepentingan internet pada zaman ini. Program dimulakan dengan pendaftaran dan kemudian pengunjung uang hadir telah menyertai beberapa pertandingan yang diadakan seperti permainan tradisional,musical chair dan kuiz dari PI1M iaitu menaip pantas dan kuiz berkaitan KDB(offline) |