Tujuan |
|
Latihan ini dijalankan bagi mengajar dan memberi pendedahan kepada para peserta bagaimana untuk membuat video menarik. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, peserta dapat mengetahui cara untuk membuat sesuatu video dengan cara yang sangat mudah malah lebih menarik melalui web animaker. Bagi permulaan, peserta diberi penerangan web video yang mana lebih sesuai untuk digunakan mengikut isi kandungan yang ingin dibuat. Kemudian petugas menunjukkan web animaker kepada para peserta bagi permulaan untuk membuat video menarik. Mereka diberi tunjuk ajar secara menyeluruh setiap fungsi yang terdapat dalam web animaker. Peserta diarahkan memilih tema video yang mereka suka kemudian mereka diberi masa untuk menyiapkan video tersebut mengikut kreativiti mereka. |
Tujuan |
|
Latihan ini dijalankan bagi membantu pelajar tahun 6 untuk mencari maklumat tambahan tentang subjek sejarah dan membuat buku log. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, peserta dapat mencari maklumat tambahan tentang subjek sejarah mengikut bab-bab yang dikehendaki. Kemudian peserta dapat menggunakan kreativiti mereka membuat buku log dengan menggunkan Microsoft Word. Peserta diberi tunjuk ajar oleh petugas bagaimana untuk mencari maklumat tentang subjek sejarah yang diperlukan bagi kegunaan mereka dalam membuat buku log. Kemudian mereka diberi penerangan bagaimana untuk menggunakan shapes supaya isi-isi penting yang mahu dibuat nampak lebih menarik dan mudah untuk dibaca. |
Tujuan |
|
Pertandingan ini bertujuan melatih kemahiran dan pengetahuan peserta menggunakan Microsoft Publisher. |
|
Aktiviti |
|
Melalui pertandingan ini dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para peserta menggunakan Microsoft Publisher dalam mencipta kad ucapan sempena Hari Guru pada 16 Mei. Selain itu, dapat menonjolkan kreativiti peserta dalam mencipta kepelbagaian jenis kad yang menarik dan juga ucapan-ucapan ikhlas kepada guru-guru mereka yang telah banyak menyumbang tenaga dan masa dalam mendidik mereka. Petugas memberi penerangan ringkas mengenai kriteria kad yang akan dipilih menjadi juara. Peserta diberi kebebasan menggunakan carian Google bagi mencari imej bertemakan guru untuk digunakan dalam kad mereka. Kemudian mereka juga menambah ucapan khas untuk guru-guru mereka yang telah mengajar mereka. Setelah selesai, mereka diadili mengikut kreativiti, penggunaan warna dan ucapan menarik bagi menentukan siapa juara. |
Tujuan |
|
Pertandingan ini bertujuan melatih kemahiran dan pengetahuan peserta menggunakan Microsoft Publisher. |
|
Aktiviti |
|
Melalui pertandingan ini dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para peserta menggunakan Microsoft Publisher dalam mencipta kad ucapan sempena Hari Ibu. Selain itu, dapat menonjolkan kreativiti peserta dalam mencipta kepelbagaian jenis kad yang menarik dan juga ucapan-ucapan ikhlas kepada ibu masing-masing. Sebelum pertandingan mencipta kad ucapan sempena Hari Ibu dimulakan, petugas memberi sedikit taklimat kepada para peserta berkaitan Microsoft Publisher dan juga krateria-krateria kad ucapan yang cemerlang. Setelah selesai, semua peserta mula mencari gambar-gambar berkaitan hari ibu. Kemudian mereka mula mencipta bait-bait ucapan dan menghias kad ucapan mengikut kreativiti untuk ibu masing-masing. |
Tujuan |
|
Latihan ini bertujuan membantu peserta untuk menyediakan skrip cerita dalam bahasa English sempena Hari Guru 2018. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, peserta diberi tunjuk ajar oleh petugas proses untuk membuat skrip cerita bagi sketsa sempena Hari Guru 2018 dalam bahasa English. Peserta juga dapat mengetahui kaedah untuk memastikan ejaan serta ayat yang digunakan betul dan juga bersesuaian dalam sesuatu situasi. Petugas mengarahkan peserta untuk mereka situasi cerita dalam bahasa melayu terlebih dahulu bagi memudahkan peserta untuk menyusun ayat. Kemudian peserta mula membuat ayat dalam beberapa babak menggunakan bahasa English. Peserta juga menggunakan google translate bagi menyemak sama ada ejaan serta ayat yang digunakan adalah betul. |