Tujuan |
|
Latihan ini diiadakan untuk memahirkan pengetahuan peserta untuk menggunakan Microsoft Word dalam menghasilkan kerja kursus. |
|
Aktiviti |
|
Latihan ini diiadakan untuk memahirkan pengetahuan peserta untuk menggunakan Microsoft Word dalam menghasilkan kerja kursus. Petugas menerangkan kriteria yang diperlukan untuk menghasilkan latihan ilmiah yang kreatif dan peserta di minta membuat semula latihan tersebut.Peserta diberi masa untuk menyiapkan tugasan yang diberikan sambil dibantu oleh petugas |
|
Tujuan |
|
Latihan ini bertujuan menguji minda peserta dalam menyelesaikan puzzle. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini dapat melatih peserta supaya menjadi seorang yang fokus dan teliti dalam menyelesaikan puzzle malahan dapat menguji minda mereka bagaimana cara mereka berfikir. Petugas memberi penerangan ringkas kepada peserta berkenan gambar yang perlu digunakan untuk puzzle online. Kemudian mereka diberi masa 1 jam untuk menyelesaikan puzzle tersebut. Hanya seorang peserta yang dapat menyelesaikan puzzle tersebut dalam masa 1 jam yang diberikan. |
Tujuan |
|
Pertandingan ini bertujuan melatih peserta dalam menggunakan Microsoft Office (publisher) |
|
Aktiviti |
|
Melalui pertandingan ini dapat menguji tahap kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Office Publisher dan juga daya kreatif mereka menghias kad hari raya. Malahan sempena hari raya yang bakal tiba, pertandingan ini dapat dimanfaatkan sebagai medium untuk mereka menyampaikan ucapan ikhlas hari raya kepada yang tersayang. Latihan ini bermula dengan peserta diarahkan membuka Microsoft Office Publisher. Kemudian mereka diberi masa selama 2 jam untuk menyiapkan kad hari raya mengikut daya kreatif mereka. Mereka juga diberi kebebasan untuk menggunakan gambar-gambar di carian Google bagi memeriahkan dan mencantikkan kad mereka. Sebagai hadiah mereka menerima duit raya bagi pemenang dan hadiah saguhati untuk yang tidak berjaya. |
Tujuan |
|
Latihan ini dijalankan bagi membantu pelajar mengetahui cara membuat akaun instagram. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, peserta dapat mengetahui cara-cara membuka akaun instagram untuk pertama kali. Petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar untuk membuat email sebelum membuka akaun instagram.Setelah berjaya membuat email, kemudian petugas menunjukkan cara untuk membuka akaun instagram pula. Petugas menerangkan setiap fungsi dalam instagram supaya pelajar tersebut faham untuk memuat naik foto, mencari akaun kenalan, membuat tetapan keselamatan akaun dan pelbagai lagi. |