Tujuan |
|
Program diadakan memberi lebih pendedahan kepada golongan pelajar Giat Mara tentang perkara asas dan tambahan berkaitan ICT. |
|
Aktiviti |
|
Melalui program ini dapat meningkatkan kemahiran para pelajar dalam penggunaan ICT dengan lebih mudah dan dapat mempraktik serta mengaplikasikan pembelajaran dalam kehidupan seharian. Para pelajar diberi penerangan tentang cara memuat turun video dari youtube ke dalam komputer dengan mudah.Petugas kemudian meminta peserta mengulangi kaedah yang diajar untuk memastikan mereka memahami tentang apa yang telah dipelajari.Selain itu,petugas juga membeeri tunjuk ajar cara membuka whatsapp dia komputer melalui web.whatsapp dann kemudian menjalankan kuiz-kuiz ict untuk memantapkan pemahaman para peserta yang terlibat. |
Tujuan |
|
Memberi persediaan kepada para pelajar menyediakan resume dan juga email bagi kegunaan selepas tamat pengajian. Malah mewar-warkan medium perniagaan melalui aplikasi Dashboard (my shop). |
|
Aktiviti |
|
Memudahkan para pelajar untuk memohon pekerjaan setelah tamat pengajian kelak dengan membuat resume menggunakan format baru dan juga email rasmi. Selain itu, mereka diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengiklankan produk mereka dalam My Shop. Kelas bermula dengan petugas memberi taklimat tentang medium mengiklankan produk perniagaan di aplikasi Dashboard iaitu My Shop. Mereka diberi tunjuk ajar bagaimana untuk memasukan gambar produk mereka dan juga bagaimana untuk menambah produk. Kemudian petugas mengajar mereka bagaimana mencipta email rasmi bagi kegunaan menghantar resume dan urusan rasmi pekerjaan. Setelah itu, mereka diajar membuat resume bedasarkan format baru mengunakan Microsoft word. |
Tujuan |
|
Program diadakan untuk mempromosi pusat internet, mempromosi aplikasi dashboard dan Klik Dengan Bijak (KDB) serta mobile e-waste kepada komuniti setempat selain dari fokus kepada pembangunan usahawan dalam bidang ICT |
|
Aktiviti |
|
Melalui program ini,masyarakat dapat mengenali pusat internet dengan lebih dekat dan fungsinya.Selain itu,golongan usahawan dapat mempelajari pelbagai perkara baru dalam bidang ICT dan juga mengenali pelbagai agensi yang dijemput untuk membuat pameran dan demo dengan lebih dekat. Pelbagai pameran dan demo dari beberapa agensi seperti Giat Mara,Kolej Komuniti Bentong,KEMAS,KOSPEN,Perpustakaan Desa, Ur Optical dan Pusat Pertanian Karak telah diadakan.Kuiz dan aktiviti berkaitan KDB dan ICT turut dijalankan seperti Taklimat Dashboard dan KDB,kuiz-kuiz berkaitan,bengkel membuat video dan foto untuk usahawan dan pelbagai lagi diharap mampu memberi impak yg positif kepada masyarakat setempat khususnya. |
Tujuan |
|
Latihan Keusahawanan ini diadakan bagi menerangkan kepada Pelajar Giatmara ilmu asas untuk bergelar sebagai usahawan |
|
Aktiviti |
|
Dengan Latihan Keusahawanan yang diberikan, dapat memberi pendedahan kepada para pelajar tentang selok belok sesuatu perniagaan. Selain itu, melalui kuiz Kahoot pula pelajar dapat memahami Dengan mudah apa itu usahawan dan Klik Dengan Bijak iaitu menggunkan ICT Dengan berhemah. Kelas dimulakan dengan Taklimat Keusahawanan. Mereka didedahkan tentang ilmu asas untuk menjadi seorang usahawan dan seterusnya bagaimana untuk membangunkan sesuatu perniagaan itu. Kemudian Taklimat klik dengan bijak diberikan. Petugas menerangkan tentang maklumat palsu yang semakin berleluasa masa kini dan kesan kepada masyarakat. Seterusnya kuiz Kahoot Keusahawanan dan klik dengan bijak dimulakan. Melalui kuiz ini para pelajar mudah memahami isi taklimat yang telah diberikan kepada mereka. Mereka juga diberi masa untuk menjawab kuiz word search bagi kategori lelaki dan juga terbuka kepada semua. |
Tujuan |
|
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi taklimat dan ilmu kepada orang ramai teentang menguruskan jenazah. |
|
Aktiviti |
|
Melalui program seperti ini peserta dapat meningkatkan ilmu dalam menguruskan jenazah dari penceramah yang bertauliah.Selain itu,peserta juga ditunjukkan teknik yang beetul secara praktikal dalam memandikan jenazah. Peserta diberi taklimat KDB dalam kursus tersebut yang mana ustazah menerangkan bahawa di internet terdapat pelbagai laman web yang memainkan isu memandikan jenazah.Terdapat segelintir golongan yang mengatakan beberapa perkara tersebut adalah bidaah dan ustazah meminta peserta menyemak terlebih dahulu maklumat yang diperoleh. |