Tujuan 

Program besar-besaran ini  telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak bagi mengiktiraf Felda Lurah Bilut yang merupakan felda pertama Malaysia sebagai felda digital.Pihak SKMM telah ,mengambil inisiatif membuka booth dan dengan kerjasama dengan Pusat Internet 1 Malaysia kluster Bentong untuk memeriahkan lagi program.

   

Aktiviti 

Melalui program ini,pengunjung dapat  mengenali Pusat Internet  Malaysia dengan lebih dekat selain menyertai kuiz dan aktivitii yang dijalankan.Pengunjung juga dapat mengetahui cara melupuskan gajet dengan cara yang betul,malkumat Klik Dengan Bijak dan sebagainya. Pengunjung yang hadir memdaftarkan diri di booth Pusat Internet 1 Malaysia.Mereka yang datang diberi taklimat KDB dan Mobile E-Waste.Kuiz seperti teka logo KDB,word search,KAHOOT turut dijalankan selain aktiviti mewarna dan memperkenalkan aplikasi Quaiver

Tujuan 

Latihan ini dapat membantu peserta belajar menyusun atur jadual waktu belajar secara sistematik.

   

Aktiviti 

dalam menggunakan Microsoft Word terutama dalam membuat jadual waktu belajar di rumah. Petugas memberi tunjuk ajar cara membuat  jadual waktu belajar yang sistiematik dan menarik menggunakan Microsoft Word terutama dalam penggunaan shape dan warna dalam mencorakkan jadual yang dibuat.Kemudian petugas meminta para peserta menyiapkan jadual tugasan mereka sendiri.

Tujuan 

Program   ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan Klik Dengan Bijak selain dari penggunaan dan kepeningan ICT kepada pelajar.

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini, para peserta dapat memahami konsep Klik Dengan Bijak selain kebaikan dan keburukan menggunakan internet.Antara lain,peserta-peserta dapat mempelajari perkara baru dalam mengaplikasikan penggunaan ICT dalam bidang pelajaran di sekolah. Latihan dimulakan dengan penerangan mengenai KDB. Kemudian menyelitkan beberapa soalan KDB untuk memastikan para peserta memahami segala penerangan.Selain itu,petugas menayangkan surah pilihan kepada pelajar .Kemudian,beberapa pertandingan diadakan berkaitan penggunaan netbook

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini diadakan bertujuan memberi pengetahun baru kepada para pelajar sekolah rendah tentang Microsoft Publisher.

   

Aktiviti 

Latihan ini diadakan bertujuan memberi pengetahun baru kepada para pelajar sekolah rendah tentang Microsoft Publisher. Latihan dimulakan dengan penerangan berkenaan Microsoft Publisher dan beberapa langkah dalam menghasilkan brochures.Beberapa teknik diajar selain pengetahuan asas seperti menukar jenis tulisan,warna dan lain-lain lagi.Peserta kemudiannya diminta menghasilkan sendiri brochures mereka mengikut kreativiti yang tersendiri.

Gambar Disini

Tujuan 

Program ini bertujuan untuk melatih kemahiran berfikir secara kritis untuk menyelesaikan masalah.

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini peserta dapat meningkatkan kemahiran berfikir melalui aplikasi permainan pendidikan atas talian. Petugas menunjukkan web-web permainan pendidikan yang boleh membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran berfikir.Kemudian,petugas memberi latihan kepada peserta untuk menguji kemahiran berfikir mereka.

Gambar Disini