Tujuan 

Program ini bertujuan mempromosi pusat internet, aplikasi dashboard, Klik Dengan Bijak (KDB) dan mobile ewaste kepada para penduduk kampung.

   

Aktiviti 

Melalui program ini dapat memupuk kesedaran kepada para komuniti terhadap tujuan dan kemudahan yang disediakan oleh pi1m, membentuk kesedaran kepada penggunaan internet yang selamat serta pembuangan bahan elektonik seperti telefon yang tidak lagi digunakan dengan cara yang selamat. Melalui program ini dapat memupuk kesedaran kepada para komuniti terhadap tujuan dan kemudahan yang disediakan oleh pi1m, membentuk kesedaran kepada penggunaan internet yang selamat serta pembuangan bahan elektonik seperti telefon yang tidak lagi digunakan dengan cara yang selamat

Gambar Disini

Tujuan 

Program diadakan untuk mempromosi pusat internet, mempromosi mobile e-waste dan Klik Dengan Bijak (KDB) kepada para penduduk setempat.

   

Aktiviti 

Melalui program ini dapat memupuk kesedaran kepada para komuniti terhadap tujuan dan kemudahan yang disediakan oleh pi1m, membentuk kesedaran kepada penggunaan internet serta pembuangan bahan elektonik seperti telefon yang tidak lagi digunakan dengan cara yang selamat. Pengunjung yang hadir mendaftarkan diri di kaunter pi1m dan kemudian menyertai beberapa aktiviti yang disediakan seperti pertandingan kuiz KDB. Petugas juga memberi taklimat ringkas mengenai kempen mobile ewaste kepada para peserta yang mendaftar.

Gambar Disini

Tujuan 

Memberi tunjuk ajar kepada peserta fungsi Microsoft word dan   bagaimana mahu menyimpan data di dalam Microsoft word

   

Aktiviti 

Petugas memberi tunjuk ajar bagaimana mahu menyimpan gambar atau maklumat yang diambil daripada google ke dalam Microsoft word. Ia bagi memudahkan beliau untuk membuat sebarang tugasan dengan menggunakan Microsoft word. Kemudian petugas memberi penerangan tentang fungsi-fungsi Microsoft word kepada peserta..

Gambar Disini

Tujuan 

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai aplikasi dashboard yang mana dapat memberi mereka pelbagai manfaat selain merapatkan hubungan komuniti setempat melalui pertandingan yang diadakan.

   

Aktiviti 

Peserta yang hadir mula mendaftar di kaunter pendaftaran. Petugas memberi taklimat dashboard iaitu My Komuniti,My Soal & My Shop. Kemudian petugas memberi penerangan tentang KDB kepada peserta selain kuiz-kuiz yang dijalankan untuk kanak-kanak dan dewasa. Pada masa yang sama kaunter pemeriksaan kesihatan percuma dengan menggunakan aplikasi I-Health turut berjalan. Program diakhiri dengan sesi cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada para peserta yang berjaya memuat turun aplikasi dashboard dan pertandingan kuiz KDB bagi kanak-kanak dan dewasa

Gambar Disini

Tujuan 

Program ini dijalankan bagi membantu pelajar sekolah rendah untuk mempertingkatkan kemahiran baru iaitu mendaftar akaun dan menggunakan emel.

   

Aktiviti 

Melalui program ini pelajar dapat memahirkan diri dalam mendaftar akaun emel. Selain itu, mereka juga mengetahui fungsi menggunakan emel seperti menghantar data,membuat akaun Facebook misalnya yang memerlukan akaun emel. Petugas memberi tunjuk ajar cara –cara mendaftar akaun Yahoo Mail yang memerlukan butiran diri peribadi dan nombor telefon.Seterusnya petugas menunjukkan fungsi akaun emel dan meminta peserta membuat sendiri akaun emel mereka.

Gambar Disini