Tujuan |
|
Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar di peringkat awal untuk mengenali dan mengetahui tentang asas penggunaan komputer/netbook. |
|
Aktiviti |
|
Melalui program ini,peserta mendapat pendedahan yang positif tentang asas menggunakan netbook di peringkat awal dan dapat diaplikasikan di peringkat yang lebih tinggi kelak. Petugas menerangkan serba sedikit dan ringkas tentang netbook dan menunjukkan perkara asas dalam menggunakannya.Kemudian petugas menunjukkan beberapa video pembelajaran kepada mereka.Seterusnya petugas mengenalkan beberapa aplikasi seperti Microsoft Word dan Paint kepada pelajar dan memberi sedikit tugasan kepada mereka untuk melihat pemahaman mereka. |
Tujuan |
|
Latihan ini bertujuan memberi ilmu baru kepada peserta dalam menghasilkan kalendar yang menarik dan merekod aktiviti harian. |
|
Aktiviti |
|
Latihan ini bertujuan memberi ilmu baru kepada peserta dalam menghasilkan kalendar yang menarik dan merekod aktiviti harian. Peserta diajar cara menggunakan Microsoft office-Publisher dalam menghasilkan Kalender Aktiviti harian selama sebulan yang tersusan dan menarik.Kemudian petugas meminta peserta memilih sendiri corak yang mereka inginkan seterusnya menghasilkan kalendar aktiviti mereka sendiri. |
Tujuan |
|
Kelas ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar cara yang sistematik,kemas dan kreatif dalam mengasilkan sesuatu carta dengan hanya menggunakan Microsoft Word. |
|
Aktiviti |
|
Melalui program ini dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengaplikasikan penggunaan Microsoft Office. Pelajar diberi penerangan dan contoh dalam menghasilkan carta oleh petugas.Kemudian,petugas meminta peserta untuk menghasilkan sendiri carta mengikut kehendak dan kreativiti beliau.Peserta telah memilih untuk menghasilkan carta adab ketika belajar. |
Tujuan |
|
Latihan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah dalam menghasilkan jadual yang tersusun dan teratur menggunakan Microsoft Word). |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam membuat satu jadual yang sistematik menggunakan salah satu aplikasi Microsoft Office. Petugas menunjukkan cara penghasilkan jadual kutipan wang kelas mingguan mengikut bulan sepanjang tahun.Jadual tersebut lebih padat,tepat dan tersusun.Peserta diminta untuk membuat satu jadual yang sama untuk memastikan peserta memahami segala apa yang telah dipelajari |
Tujuan |
|
Latihan ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran peserta menggunakan komputer dan Microsoft Word. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, peserta dapat meningkat kemahiran diri dalam menggunakan komputer dan menggunakan Microsoft Office terutamanya penggunaan bentuk dalam menghasilkan carta organisasi misalnya. Peserta diajar cara mengunakan bentuk-bentuk yang ada di Microsoft Word untuk menghasilkan sesuatu carta organisasi.Kemudian petugas meminta peserta untuk menghasilkan carta organisasi kelas mereka untuk memastikan peserta memahami skop pembelajaran |