Tujuan Program ini bertujuan memberi penghargaan kepada semua usahawan yang mengikuti pertandingan Usahawan, |
|
Aktiviti |
|
Melalui aktiviti ini peserta lebih bersemangat dalam meningkatkan lagi jualan atas talian. Peserta hadir ke Pusat Internet Komuniti Kg Jambu Rias untuk majlis penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Petugas PIK. Petugas mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen yang sangat baik oleh peserta. Bagi pemenang tempat pertama, pertandingan usahawan akan diteruskan ke peringkat Negeri |
Tujuan Latihan ini bertujuan membantu peserta mempelajari E-Commerce dan E-Dagang melalui platform digital Shopee. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, peserta dapat memahirkan penggunaan aplikasi Shopee untuk berniaga atas talian. Program bermula jam 10.00 pagi yang dihadiri 1 orang peserta terdiri daripada pelajar universiti. Program adalah untuk memberi pendedahan penggunaan aplikasi Shopee dalam perniagaan dalam talian. Modul yang diajar sepanjang kursus adalah pengenalan kepada aplikasi Shopee, pembukaan akaun Shopee, strategi pemasaran dan pengurusan pemprosesan penjualan. Peserta juga diberi peluang mempelajari teknik mengambil gambar produk supaya bersesuaian dipasarkan di platform Shopee. Peserta juga diberi penerangan berkenaan Klik Dengan Bijak (KDB) sebagai ilmu tambahan. |
Tujuan Latihan ini bertujuan membantu peserta dalam membuat persediaan untuk menghadiri sesi temu duga kerja. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, dapat memudahkan peserta menyediakan resume sebelum menghadiri sesi temu duga. Hanya menggunakan aplikasi PosterMywall, petugas dapat membantu peserta mempercepatkan proses membuat resume dengan menyunting layout resume sedia ada yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Petugas memberikan sedikit penerangan pengenalan kepada resume dan menunjukkan contoh-contoh resume terkini supaya peserta dapat menggambarkan apa itu resume dengan membuka aplikasi PostermyWall. Terdapat pelbagai templete dan design yang menarik yang boleh peserta pilih. Setelah itu, peserta diminta untuk memilih templete yang diingini dan kemudian mengisi maklumat peribadi dan akademik. Kemudian, peserta juga diberi tunjuk ajar cara untuk memasukkan gambar ke dalam templete resume. |
Tujuan Latihan ini bertujuan menggalakkan pelajar untuk mengikuti kelas pembelajaran atas talian. |
|
Aktiviti |
|
Melalui kelas ini, pelajar dapat menambah kemahairan am iaitu dengan mempelajari Bahasa Mandarin. Pelajar menghadiri kelas tuisyen secara atas talian menggunakan akses internet persendirian di rumah masing- masing. Pelajar menggunakan aplikasi Zoom Meeting untuk berinteraksi dengan guru tuisyen. Petugas PIK memberi panduan cara meng’akses’ ke pautan yang diberikan kepada ibu bapa pelajar 15minit sebelum kelas etuisyen bermula secara atas talian menggunakan aplikasi whatsapp. Bagi pelajar yang mengikuti kelas di PIK pula, petugas menunjukkan cara secara langsung pada pelajar. |
Tujuan Latihan ini bertujuan membantu peserta dalam meningkatkan prestasi kedai Shopee dengan mendedahkan mereka kepada alatan-alatan serta program –program yang tersedia untuk digunakan. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, peserta dapat mengetahui dan sertai pelbagai program dan kempen yang disediakan oleh Shopee. Peserta ingin sertai program dan kempen yang tersedia di Shopee dan meminta bantuan petugas untuk membantunya. Petugas memberikan penerangan mengenai program 10% cashback kepada peserta terlebih dalulu. Kemudian, petugas menunjukkan cara mendaftar masuk serta mendaftar keluar program 10% cashback. Setelah itu, peserta mencuba untuk membuat dengan sendiri. |