Tujuan |
|
Membantu pelajar menghabiskan waktu yang ada selepas menhadapi UPSR dengan aktiviti yang berfaedah sekaligus menguji minda dan kemahiran mereka. |
|
Aktiviti |
|
Petugas membantu dalam memberi huruf yang dipilih untuk aktiviti sahibbah. Mereka perlu membina perkataan hanya menggunakan huruf yang ada sahaja secara tidak langsung merangsang minda mereka berfikir dengan krearif dan cepat. Untuk permainan catur,petugas hanya memantau aktiviti untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar. |
Tujuan |
|
Pertandingan ini dilaksanakan bagi menguji minda para pelajar dan daya tumpuan mereka.. |
|
Aktiviti |
|
Petugas memberi penerangan ringkas mengenai maksud setiap perkataan Inggeris yang mereka perlu cari supaya mudah untuk faham kemudian memudahkan mereka untuk mencari. Mereka dinilai melalui kepantasan dalam menyelesaikan semua pencarian perkataan dan juga ketepatan.. |
Tujuan |
|
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai aplikasi dashboard yang mana dapat memberi mereka pelbagai manfaat. |
|
Aktiviti |
|
Peserta yang hadir mula mendaftar di kaunter pendaftaran. Petugas memberi taklimat dashboard iaitu My Komuniti,My Soal & My Shop. Kemudian petugas memberi taklimat mengenai pertandingan dashboard yang sedang dijalankan dalam aplikasi dashboard dan untuk kanak-kanak pula pertandingan kuiz KDB diadakan. Pada masa yang sama kaunter pemeriksaan kesihatan percuma dengan menggunakan aplikasi I-Health turut berjalan. Program diakhiri dengan sesi cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada para peserta yang berjaya memuat turun aplikasi dashboard dan pertandingan kuiz KDB bagi kanak-kanak. |
Tujuan |
|
Memberi kesedaran tentang kesan penyebaran maklumat palsu yang berleluasa dalam laman sosial |
|
Aktiviti |
|
Program dimulakan dengan ucapan daripada ketua kampung Kg. Lengkong iaitu Tn Hj Jahaya Bin Othman. Kemudian Ustaz Ustaz Hj Sayujan Bin A Majid memulakan kursus dengan memberi taklimat tentang pengurusan jenazah. Setelah berehat untuk sarapan acara diteruskan dengan demo menyediakan kain kafan,memandikan jenazah dan mengkafankan jenazah. Seterusnya timbalan KADI daerah Bentong memberi ceramah tentang Hijrah sempena Maal Hijrah dan sejurus selesai ceramah petugas Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias memberi taklimat kepada peserta yang hadir. |
Tujuan |
|
Mesyuarat ini dilaksanakan bagi membincangkan isu-isu semasa dan juga membincangkan program-program bersama yang akan diadakan. |
|
Aktiviti |
|
Mesyuarat bermula dengan kata-kata aluan dari pengerusi majlis iaitu ketua kampung Tn Hj Zainal Bin Yaacob. Seterusnya perkongsian maklumat tentang program dan isu-isu semasa bagi setiap yang hadir. Tambahan pula, En Nooramin selaku Pegawai Perpustakaan Awam Daerah Bentong menyeru kepada AJK penasihat yang hadir bagi memberi sokongan bagi setiap program yang di anjurkan Perpustakaan Desa Jambu Rias dan beliau juga memohon laksanakan program kerjasama bagi mempertingkatkan penglibatan perpustakaan dengan pihak lain.. |