Latar belakang

Muhammad Adam Danish Bin Syahrul Nizam adalah seorang pelajar Tahun 6 Sekolah Rendah Kebangsaan Jambu Rias. Merupakan anak ke 2 daripada 3 adik beradik.

Beliau adalah seorang  yang aktif dalam sukan balapan disekolah. Beliau berasal dari Kampung Lengkong dan tinggal bersama ibunya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau seorang pelajar yang kurang mahir menggunakan komputer ,lemah dalam menaip kerana dirumah tiada kemudahan seperti komputer riba dan disekolah beliau terpaksa berkongsi komputer untuk belajar. Beliau juga tidak mengetahui fungsi carian google apabila mahu mencari maklumat tentang kerja sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah beliau kerap mengikuti kelas ICT yang diadakan seperti latihan menggunakan Microsoft Word, Pertandingan membuat pelbagai kad dan kuiz-kuiz Pembelajaran secara online beliau semakin mahir menggunakan komputer dan sering melayari internet untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam menyiapkan kerja sekolah. Beliau juga semakin aktif menyertai latihan-latihan, pertandingan dan juga program-program yang dianjurkan oleh Pi.

Latar belakang

Mohamad Safuan Shah atau lebih mesra dengan panggilan Safuan membuka gerai di tapak jualan dengan menjual beberapa juadah untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan. Antara menu yang terdapat di gerai beliau adalah daging salai, ikan salai,ikan pekasam dan beberapa jus buah seperti jus manga,jus nenas dan tembikai. Beliau juga menyediakan air soya yang dibuat sendiri. Beliau juga dibantu oleh adik dan juga sepupu beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum membuka gerai pada bulan ramadan beliau hanya mengambil tempahan makanan dan air untuk majlis tertentu dan pendapatan beliau tidak tetap. Kemudian beliau membuka gerai setiap kali ramadan atas permintaan penduduk setempat dan pelanggan yang pernah merasai masakan beliau. Malahan pada awal pembukaan gerai, beliau hanya membuat menu makanan menggunakan kertas manila dan tulisan tangan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet  Kg. Jambu Rias, beliau kini mula memperkenalkan dan mempromosi gerai makan beliau melalui Facebook dan juga whatsapp. Beliau juga berjaya membuat menu gerai dengan menggunakan Microsoft word hasil didikan petugas. Menu tersebut lebih menarik perhatian pelanggan dan lebih mudah dibaca. Gerai beliau kian bertambah pelanggan dari hari ke hari atas bantuan media sosial dan pendapatan beliau juga makin meningkat dalam lingkungan RM800 – RM1200 sepanjang bulan Ramadan.

Latar belakang

Puan Rosazalina  Bt  Muhammad Din memulakan perniagaan menjual minuman panas dan sejuk serta kerepek milik beliau secara kecilan Tetapi kini beliau memgembangkan perniagaan dengan mempromosikan perniagaan tersebut secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan beliau kurang kerana kekurangan promosi.Hanya kenalan dan penduduk  dan jiran terdekat sahaja yang mengetahu tentang perniagaan yang diusahakan. Pelangaan juga terhad kepada penduduk kampung sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan semakin bertambah dan jumlah pembeli semakin memberangsangkan setelah mempelajari cara- cara mengembangkan perniagaan. Beliau telah mempromosikan perniagaan yang diusahakan secara konsisten dan efisyen sehingga berjaya menambat hati pelanggan untuk berkunjung  ke gerai beliau yang turut menjalankan perniagaan tersebut bersama adiknya yang juga seorang usahawan yang menjual pelbagai jenis makanan panas bersebelahan dengan gerai air beliau

Latar belakang

Siti Faridah Bt Hj Mohd Saad atau lebih mesra dengan panggilan Pidah yang berasal dari Kampung Sempadan adalah usahawan wanita yang membuka perniagaan membuat pelbagai jenis kek,roti, kuih muih, lauk pauk dan banyak lagi. Beliau juga menerima tempahan masakan untuk sebarang majlis seperti kenduri tahlil / doa selamat, majlis hari lahir dan rumah terbuka. Beliau bekerja sendiri dan hanya dibantu oleh suami beliau untuk menghantar tempahan kepada pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Ketika diawal perniagaan beliau, beliau hanya mengambil tempahan kek dan kuih muih untuk majlis bagi kawasan sekitar rumah beliau sahaja kerana kurangnya promosi melalui media sosial. Hal ini kerana pada ketika itu beliau tidak begitu mahir dalam penggunaan media sosial dan juga komputer. Pelanggan beliau diperolehi melalui jiran tertangga,sedara mara dan juga hasil hebahan dari mulut ke mulut sahaja. Tempahan juga terhad kerana kekurangan kelengkapan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet  Kg. Jambu Rias, beliau kini semakin dikenali daripada pelbagai daerah melalui hebahan dan hasil promosi melalui media sosial yang dipelajari beliau. Beliau juga semakin mahir menggunakkan komputer untuk tujuan mencari resepi-resepi baru, menaip rekod hasil jualan beliau dan membuat iklan. Malahan dengan hasil jualan yang semakin bertambah beliau mampu membeli beberapa kelengkapan masakan untuk meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan pelanggan. Pendapatan beliau naik sehingga RM1500 – RM2000 sebulan. Disamping itu, beliau mengambil kesempatan sempanjang bulan Ramadan dengan menjual pelbagai jenis kuih muih dan juga tauhu begedil. Tambahan juga untuk hari raya yang bakal tiba beliau juga menerima tempahan membuat ketupat palas sejuk beku.

Latar belakang

En Mohd Azman merupakan usahawan desa yang mempunyai sebuah bengkel besi dalam menyediakan perkhidmatan mengimpal besi untuk beberapa produk seperti pagar rumah, pintu dan tingkap grill, tangga, rak untuk menyusun barang dan banyak lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau kurang dari RM 1000 sebulan. Jumlah produk tidak banyak, hanya pintu dan tingkap grill dan pelanggan juga terhad iaitu rakan- rakan dan sedara mara terdekat sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti kelas keusahawan dan mendapat tunjuk ajar dari petugas PI, beliau mahir menggunakan medium atas talian seperti aplikasi Dashboard Komuniti(My shop), laman sesawang facebook dan whatsapp untuk membuat promosi dan memperkenalkan produk-produk yang telah dihasilkan beliau kepada pelanggan diluar kawasan kampung. Pendapatan beliau semakin bertambah dengan pernambahan permintaan daripada ramai pelanggan merata tempat. Kini perniagaan beliau semakin terkenal dan mendapat tempat dihati pelanggan dengan hasil tangan beliau.