Latar belakang

Siti Fatimah bte Harun atau pangilan mesranya kak Siti berasal dari Kg Lengkong  dan telah berumah tangga menjadikan perniagaan atas talian sebagai sumber pendapatan tambahan beliau. Beliau merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau kemudiannya mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan atas talian secara aktif untuk mengisi masa terluang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum terlibat dengan kelas  komputer dan latihan keusahawanan di Pusat Internet  Kg. Jambu Rias, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 200 sahaja. Rata-rata pelanggan beliau hanyalah  sekitar kampung yang berdekatan sahaja iaitu kenalan, saudara mara dan penduduk kampung yang berhampiran kerana kurangnyya promosi

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet  Kg Jambu Rias mula mahir menggunakan teknologi maklumat sebagai medium memasarkan dan mengetengahkan produk yang dijual.Beliau turut sentiasa mengemaskini iklan-iklan di facebook milik beliau selain memasarkan barangan tersebut ke page-page perniagaan dan juga menggunakan aplikasi Whatsapp.Beliau turut diajar untuk menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti untuk memuat naik produk perniagaan beliau ke dalam My Shop.Beliau turut mengaplikasikan pengetahuan teknik-teknik pengiklanan yang berkesan yang di pelajarinya dengan konsisten.Hasilnya,pendapatan hasil jualan tersebut semakin meningkat dan menunjukkan banyak peningkatan setelah menjadi ahli PI dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan.

Latar belakang

Puan Nor Asmawati bte Abdul Rahman atau pangilan mesranya kekne telah memulakan perniagaannya sejak 2017. Beliau menerima tempahan jahitan pelbagai jenis pakaian mengikut peringkat umur..Beliau kini mengusahakan perniagaan pakaian yang dijahit sendiri di rumah dan dijual secara atas talian dan menerima tempahan orang kampung.

Beliau turut menjadi MIV PI Kg Jambu Rias bagi tahun 2019.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum terlibat dengan latihan komputer dan keusahawanan di Pusat Internet Kg. Jambu Rias, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM800.00 sahaja Rata-rata pelanggan beliau hanyalah  sekitar kampung yang terdiri daripada raka-rakan dan saudara mara sahaja selain dariipada kenalan saudara mara beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg. Jambu Rias, beliau kini sudah mempunyai inisiatif untuk mempromosikan perniagaan secara atas talian dengan lebih berkeyakinan selepas mengetahui bahawa Pusat Internet memberi banyak kemudahan dan bantuan kepada beliau.Beliau mula memperkenalkan dan mempromosi pakaian yang telah siap dijahit di laman sesawang facebook,untuk memastikan pelanggan tahu mengenai produk yang dijual dan juga melalui aplikasi Whatsapp. Malahan kini beliau berjaya memasarkan produk di web-web barangan jualan atas talian. (seperti Dasgboard-My Shop)

Latar belakang

Nurul Jannah Bte Gazali menjual beberapa  jenis choco jar secara kecilan dengan menghasilkan pelbagai perisa dan bekas kepada pelanggan . Beliau yang sememangnya minat berniaga dan  telah menjadikan perniagaan ini sebagai sumber pendapatan beliau

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan beliau sebelum ini hanya sekitar RM1000.00 setahun kerana pelanggan beliau hanya terdiri dari  penduduk berdekatan sahaja. Beliau mempunyai pengetahuan asas  menggunakan komputer dan internet tapi tidak tahu cara yang lebih untuk mempromosikan perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti beberapa kelas ICT dan keusahawanan terutama kelas My Shop yang di sediakan oleh Pusat Internet Kampung Jambu Rias, beliau semakin mahir menggunakan komputer  dan internet secara meluas dan mula mempromosikan perniagaan beliau melalui atas talian dengan lebih efisyen sekaligus memperkenalkan lagi  perniagaan beliau dan dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli produk beliau dan beliau juga telah melantik beberapa agen dan menghantar produk yang diusahakan di kedai-kedai terpilih..Pendapatan pula semakin meningkat hingga  rm2000 sebulan.

Latar belakang

Al Ikhwan Bin Jasni merupakan seorang pelajar Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Jambu Rias. Beliau seorang pelajar yang aktif di sekolah dalam kokurikulum terutama dalam sukan sepak takraw.  Beliau berasal dari Kampung Lengkong  dan merupakan anak bongsu  dari lima orang adik beradik

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau seorang pelajar yang kurang mahir menggunakan komputer kerana tiada pendedahan dan kemudahan seperti komputer dirumahnya. Beliau juga tidak mengetahui cara mencari maklumat menggunakan internet untuk kerja sekolah yang diberi oleh guru.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti kelas ICT yang diadakan oleh Pusat Internet  Kg. Jambu Rias beliau semakin mahir menggunakan komputer dan sering melayari internet untuk mendapatkan maklumat bagi kerja-kerja sekolahnya. Beliau sangat aktif berkunjung ke PI Kg Jambu Rias  untuk membuat tugasan yang diberikan oleh guru di sekolah. Beliau juga kerap menyertai program dan pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Jambu Rias bersama keluarga

Latar belakang

Zulaikha  bte Zulkifli telah memulakan perniagaan sejak tahun 2017. Beliau menjual pelbagai barangan dan menjadi agen Klubnalaleh. Beliau yang merupakan surirumah sepenuh masa sememangnya menjadikan perniagaan ini untuk menambah pendapatan keluarga.Namun begitu,beliau kurang konsisten dan ilmu untuk menjadikan perniagaan sebegini menjadi lebih efisyen untuk mencari pelanggan,

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Zulaikha  bte Zulkifli telah memulakan perniagaan sejak tahun 2017. Beliau menjual pelbagai barangan dan menjadi agen Klubnalaleh. Beliau yang merupakan surirumah sepenuh masa sememangnya menjadikan perniagaan ini untuk menambah pendapatan keluarga.Namun begitu,beliau kurang konsisten dan ilmu untuk menjadikan perniagaan sebegini menjadi lebih efisyen untuk mencari pelanggan,

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui program keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet  Kg. Jambu Rias dan atas usaha beliau sendiri, beliau mula memperkenalkan dan mempromosikan produk yang dijual beliau melalui Facebook dan juga whatsapp. Beliau mula mempromosikan secara serius produk kesihatan yang dijual ke kumpulan dan halaman FB yang mempunyai ramai pengikut secara sistematik seperti apa yang dipelajari.Ayat pengiklanan juga semakin kreatif dan gambar yang diiklankan juga sangat mempengaruhi pelanggan. Pendapatan beliau juga makin meningkat hingga RM400 sebulan.Dan kini,beliau telah mempunyai pelanggan tetap.