Latar belakang

Puan Zainab Binti Uzae merupakan seorang guru KAFA yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Jambu Rias, Karak. Beliau berasal daripada Alor Setar, Kedah dan kini menetap di Kg Lengkong, Karak. Pada tahun 2021, beliau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda jurusan pengajian Islam di Open Universiti Malaysia (OUM) cawangan Kuala LIpis, Pahang.  Puan Zainab selalu datang ke PEDi untuk mempelajari lebih banyak ilmu ICT dan menggunakan perkhidmatan yang PEDi sediakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Zainab kurang mahir dalam penggunaan komputer menyebabkan kerja-kerja pengajaran dan pelajaran beliau agak terbatas untuk disiapkan. Beliau juga menghadapi kesukaran dalam menggunakan Microsoff Power Point untuk membuat slide pembentangan sebagai persediaan kursus yang beliau perlu dihadiri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Hasil daripada kekerapan mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh petugas PEDi, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan tidak lagi berasa kekok dalam menggunakan tetikus. Selain itu, beliau telah berjaya menguasai Microsoft Word, Power Point dan Excel yang mana sangat membantu dalam menyiapkan tugasan – tugasan beliau sebagai  seorang guru KAFA malahan seorang penuntut ijazah sarjana muda. Selain penguasaan penggunakan komputer, beliau juga telah semakin mahir dalam menggunakan internet sebagai medium pembelajaran sebagai contoh membuat kelas atas talian bersama murid-murid KAFA.

Latar belakang

Nor Amirah Binti Hasan merupakan lepasan siswazah dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di Universiti Teknologi Mara Puncak Alam,Selangor. Pada tahun 2019, beliau bersama beberapa rakan mengeluarkan produk kambing perap iaitu Kambing OPS Perap.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum terlibat dengan program dan latihan keusahawanan di PEDi Kg. Jambu Rias, beliau lebih memfokuskan menjual produk kambing perap di kedai-kedai runcit yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau. Malahan, penjualan secara COD juga dilakukan dengan mengambil pesanan melalui aplikasi whatsapp.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mengikuti beberapa program dan latihan keusahawanan di PEDi Kg. Jambu Rias, beliau telah berjaya mengembangkan perniagaan beliau dengan kerjasama daripada Aeon Big Selangor iaitu beliau dapat memasarkan Kambing OPS Perap di sepuluh cawangan Aeon Big sekitar Selangor. Malahan, beliau juga mamasarkan produk kambing perap di platform media social dan Shopee. Beliau juga pernah terlibat dengan Karnival Usahawan PUPUK@AEON bagi mempromosikan produk beliau kepada pengunjung karnival tersebut.

Latar belakang

Najirah Sukkeri atau panggilan mesranya Jira menjadikan perniagaan ayam goreng RM1 sebagai sumber pendapatan beliau. Idea untuk membuka perniagaan ini tercetus beberapa bulan yang lalu dan beliau memanfaatkan peluang dengan membuka gerai agar dapat menampung pendapatan seharian. Beliau membuka gerai berhampiran dengan PIK kg Jambu Rias dan bersebelahan dengan kedai runcit. Tempat yang strategic kerana komuniti sentiasa datang berkunjung ke PIK dan kedai runcit.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dalam kelas komputer dan latihan keusahawanan di Pusat Internet kg. Jambu Rias, Jira lebih focus dalam mempromosikan didalam sebaran group whatsapp. Kebanyakan pelanggan adalah di sekitar kampung yang berdekatan sahaja iaitu saudara mara, kenalan dan penduduk kampung kerana cara pemasaran yang kurang berkesan dan juga tidak menyasarkan komuniti di bandar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Jambu Rias, beliau mahir menggunakan medium sosial seperti Facebook, whatsapps dalam memasarkan dan mengetengahkan perniagaan yang dijual. Beliau turut sentiasa mengemaskini iklan-iklan di facebook milik beliau dengan menunjukkan menu-menu yang dijual setiap hari. Selain menjual ayam goreng, Jira juga ada menjual beberapa menu special seperti Ramen meatball, chicken chop, aglio olio dan spegatti carbonara. Menu special tersebut akan bertukar setiap hari agar pelanggan tidak berasa bosan untuk membeli. Ini adalah salah satu cara marketing yang telah dibuat oleh beliau

 

Latar belakang

Nur Elisya Binti Mohammad Saberi adalah seorang pelajar darjah 3 di SK Jambu Rias, Karak. Beliau baru sahaja berpindah ke kg jambu rias bersama keluaganya pada akhir tahun lepas. Sebelum ini beliau bersekolah di SK Nenasi, Pekan Pahang. Elisya merupakan anak ke -2 daripada 3 adik beradik. Setelah tinggal di Kg jambu rias, Elisya selalu datang ke PI untuk mempelajari lebih banyak ilmu ICT dan menggunakan perkhidmatan yang PI sediakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya, beliau kurang mahir dalam menggunakan komputer kerana kurangnya pendedahan kepada komputer dan internet. . Beliau agak lemah dalam menaip kerana masih mencari-cari abjad pada keyboard.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah kerap mengunjungi dan sentiasa mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh PI, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan tidak lagi berasa kekok dalam menggunakan tetikus. Selain itu, dengan latihan yang diberi oleh petugas, beliau semakin pantas dan cekap dalam menaip. Penguasaan beliau dalam perisian Ms word dan Ms Power point juga semakin bagus memandangkan beliau seorang yang mudah memahami setiap yang diajar oleh petugas.

Latar belakang

Jamiatul Aimi Binti Badrul Sham  adalah seorang pelajar  tahun 5 di Sekolah Rendah Kg. Jambu Rias. Merupakan anak kedua daripada 3 adik beradik. Beliau juga merupakan pelajar yang aktif di sekolahnya dengan menyertai pelbagai pertandingan sukaneka mahupun akademik. Beliau juga kerap ke Pusat Internet Komuniti Kg. Jambu Rias bersama rakannya menyertai pelbagai pertandingan, program dan juga kelas yang dianjurkan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menyertai kelas yang di anjurkan PIK Kg. Jambu Rias, beliau tidak tahu bagaimana mahu mencari maklumat tentang kerja sekolah yang diberikan guru. Beliau memerlukan sepenuh bimbingan daripada petugas. Beliau juga tidak mahir menaip dan janggal dalam penggunaan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Apabila beliau kerap menyertai kelas komputer di PIK,beliau sudah pandai menggunakan carian Google untuk mencari maklumat kerja sekolah dan beliau sudah mahir menaip. Malahan setelah beliau kerap ke PIK bagi menyertai latihan, program dan juga pertandingan, beliau dapat menambah kenalan rapat yang rajin mengulang kaji di PIK dengan menggunakan perkhidmatan sedia ada.