Latar belakang

Imirus Bin Baser merupakan pengarah urusan bagi syarikat Imirus Trading yang mana mengusahakan perniagaan produk makanan kering yang sudah semestinya buatan muslim dan dijamin halal 100%. Antara produk MAIRUS dikeluarkan adalah fucuk kering campur suhoon, kari ikan serbaguna, tepung goreng serbaguna, taucu dan ikan pekasam. Perniagaan ini diusahakan bersama-sama isterinya Maimunah Binti Zulkifli dan mempunyai 2 orang pekerja untuk membantu membuat proses fucuk dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dalam kelas komputer dan latihan keusahawanan di Pusat Internet kg. Jambu Rias, En. Imirus dan isterinya lebih memfokuskan kepada perniagaan secara 2 hala iaitu dengan menghantar ke kedai-kedai runcit dan pasaraya. Selain kawasan Pahang, produk keluaran Mairus turut berada di negeri-negeri lain seperti Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, promosi di media social dan platform E-Dagang juga amat penting bagi pelanggan lebih cepat mengenali produk keluaran Mairus. Hal ini terjadi apabila En. Imirus masih kurang mahir dalam menggunakan pemasaran di media sosial dan E-dagang seperti Shopee, Facebook dan Instagram.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Jambu Rias, En. Imirus dan isterinya mula mahir menggunakan teknologi maklumat sebagai medium memasarkan dan mengetengahkan produk yang dijual. Beliau telah memasarkan produk ke dalam Shopee, Instagram, Facebook dan Whatsapp. Beliau sentiasa mengemaskini iklan-iklan di facebook dan juga aktif di aplikasi E-Dagang, Shopee. Beliau turut mengaplikasikan pengetahuan teknik-teknik pengiklanan yang berkesan yang di pelajarinya dengan konsisten. Hasilnya, beliau dapat mengembangkan perniagaan beliau dan pelanggan lebih mengenali produk berjenama MAIRUS yang merupakan keluaran muslim dengan lebih cepat.

Latar belakang

Ainunnazirah Binti Ahmad Tajuddin atau panggilan mesranya Azira menjadikan perniagaan produk makanan sebagai sumber kedua pendapatan beliau. Beliau merupakan seorang pekerja kakitangan swasta di Kolej Yayasan Pahang Advance Skill, karak. Untuk mencari sumber pendapatan lebih tanpa mengganggu prestasi kerja di pejabat, Aazira telah mengambil inisiatif dengan melakukan perniagaaan secara atas talian. Produk yang dijual oleh beliau adalah Produk makanan berjenama Chemilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dalam kelas komputer dan latihan keusahawanan di Pusat Internet kg. Jambu Rias, Azira hanya aktif di Facebook dan Whatsapp dalam memasarkan produk Chemilan. Azira sentiasa mengemaskini facebook agar dapat menarik minat pelanggan untuk membeli produk beliau. Walau bagaimanapun, Azira masih kurang mahir dalam menggunakan pemasaran di Facebook seperti cara membuat FB Live. Selain itu, Azira masih belum mencuba menggunakan platform Shopee untuk mengembangkan lagi perniagaan atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Jambu Rias, Azira bertambah mahir menggunakan teknologi maklumat sebagai medium memasarkan dan mengetengahkan produk yang dijual. Sebelum ini, Azira hanya memasarkan produk ke dalam platform Instagram, Facebook dan Whatsapp.  Kini, beliau sudah mula berjinak-jinak dalam menggunakan platform Shopee hasil daripada mengikuti kelas usahawan yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Azira tidak segan silu bertanyakan kepada petugas dan sentiasa bersemangat untuk belajar perkara baharu. Beliau dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam pemasaran perniagaan yang lebih berkesan dan mampu mengaplikasikannya dengan konsisten. Hasilnya, beliau dapat mengembangkan perniagaan beliau dengan pengambilan agent dan stokis dan secara tidak langsung, telah membuka peluang pekerjaan kepada komuniti setempat.

Latar belakang

Muhammad Danny Fareez Bin Abdullah  adalah seorang pelajar  tahun 6 di Sekolah Rendah Kg. Jambu Rias Merupakan anak sulung daripada 3 adik beradik. Beliau juga merupakan pelajar yang aktif di sekolahnya dengan menyertai pelbagai pertandingan sukan. Beliau juga kerap ke Pusat Internet Kg. Jambu Rias mengikut rakannya menyertai pelbagai pertandingan,program dan juga kelas yang dianjurkan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya beliau kurang mahir menggunakan komputer kerana kurangnya pendedahan kepada komputer dan internet. Beliau agak lemah dalam menaip kerana masih mencari-cari abjad pada keyboard.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah kerap berkunjung ke Pusat Internet Kg. Jambu Rias menyertai pelbagai pertandingan,program dan juga kelas yang dianjurkan, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan semakin cekap menaip. Tambahan pula, PI ada menganjurkan pertandingan menaip pantas dan secara tidak langsung dapat membantu beliau memahirkan lagi menaip dengan lancer. Tahap pengetahuan dan penguasaan kepada komputer juga mula meningkat kerana beliau juga seorang pelajar yang cekap dan mudah memahami setiap yang diajar.

Latar belakang

Nurul Jannah Gazali atau panggilan mesranya Jannah menjadikan perniagaan produk makanan sebagai sumber pendapatan beliau. Beliau merupakan seorang suri rumah yang  mempunyai anak seramai 2 orang. Beliau telah menceburi bidang perniagaan menjual FNJ Sweet ChocoRice hampir 4 tahun. Sebelum ini, Jannah hanya membuat perniagaan secara kecil-kecilan iaitu dengan menjual di sekitar kawasan kejiranan. Menyedari dengan potensi perniagaan beliau yang semakin berkembang dan mendapat sambutan yang baik, beliau kini berjaya meluaskan perniagaan dengan pengambilan agent dan stokis.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dalam kelas komputer dan latihan keusahawanan di Pusat Internet kg. Jambu Rias, Pendapatan beliau hanya sekitar RM500 sebulan. Ketika itu, beliau hanya memasarkan produk dengan menghantar ke kedai-kedai runcit dan mengiklankan  di group whatsapp komuniti karak. Kebanyakan pelanggan beliau hanyalah disekitar kampung yang berdekatan dan menjalankan perniagaan secara penghantaran terus kepada pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Jambu Rias, beliau mula mahir menggunakan teknologi maklumat sebagai medium memasarkan dan mengetengahkan produk yang dijual. Beliau telah memasarkan produk ke dalam Shopee, Instagram, Facebook dan Whatsapp. Beliau sentiasa mengemaskini iklan-iklan di facebook milik beliau dan juga aktif di aplikasi Whatsapp. Beliau turut mengaplikasikan pengetahuan teknik-teknik pengiklanan yang berkesan yang di pelajarinya dengan konsisten. Hasilnya, beliau dapat mengembangkan perniagaan beliau dengan pengambilan agent dan stokis untuk memasarkan lagi perniagaannya. Secara tidak langsung, beliau telah membuka peluang pekerjaan kepada komuniti setempat.

Latar belakang

Nor Amirah Binti Hasan atau panggilan mesranya Mira merupakan seorang pelajar Uitm Puncak Alam menjadikan perniagaan kerepek sira pedas sebagai sumber pendapatan sampingan beliau. Beliau menjalankan perniagaan kerepek sira pedas bersama ibunya. Mira membantu ibu dengan menjual kerepek sira pedas sejak dibangku sekolah menengah sehingga sekarang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nor Amirah Binti Hasan atau panggilan mesranya Mira merupakan seorang pelajar Uitm Puncak Alam menjadikan perniagaan kerepek sira pedas sebagai sumber pendapatan sampingan beliau. Beliau menjalankan perniagaan kerepek sira pedas bersama ibunya. Mira membantu ibu dengan menjual kerepek sira pedas sejak dibangku sekolah menengah sehingga sekarang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nor Amirah Binti Hasan atau panggilan mesranya Mira merupakan seorang pelajar Uitm Puncak Alam menjadikan perniagaan kerepek sira pedas sebagai sumber pendapatan sampingan beliau. Beliau menjalankan perniagaan kerepek sira pedas bersama ibunya. Mira membantu ibu dengan menjual kerepek sira pedas sejak dibangku sekolah menengah sehingga sekarang.