Latar belakang

Susilah Fazyuhanna telah memulakan perniagaan gerai makan beliau iaitu MAQ Kitchen dari tahun 2015. Beliau menjual pelbagai jenis makanan melayu dan juga barat antaranya nasi ayam penyet, pelbagai jenis nasi goreng dan mee, rojak buah, roti john, chicken chop, spaghetti, pencuci mulut dan pelbagai lagi menu yang menarik lain daripada lain. Beliau mempunyai beberapa pekerja yang membantu kelancaran operasi MAQ Kitchen yang dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad, dari jam 2.00 petang sehingga 10.30 malam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Semasa permulaan pembukaan kedai makan beliau, rata-rata pelanggan hanya dari kawasan sekitar jambu rias dan juga kampung terdekat kerana beliau belum mewar-warkan dimedia sosial tentang kedai makan beliau. Pendapatannya juga hanya sekitar 5 ribu ke 6 ribu sebulan. Kedai makan beliau juga pada ketika itu masih belum dinaikkan papan tanda. Oleh yang demikian, orang luar tidak tahu tentang kedai makannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui program keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet  Kg. Jambu Rias dan atas usaha beliau sendiri, beliau mula memperkenalkan dan mempromosi gerai makan beliau melalui Facebook dan juga whatsapp. Gerai makan beliau kian bertambah pelanggan dari hari ke hari bukan sahaja dari penduduk setempat malahan ada juga pelanggan yang datang dari Kuala Lumpur, Temerloh, Raub dan banyak lagi atas bantuan media sosial iaitu beliau mengiklankan di page facebook Penduduk Karak dan juga page Pahang Darul Makmur . Pendapatan beliau juga makin meningkat hingga bebelas ribu ringgit sebulan.

Latar belakang

Pn. Norhidayu bte Md Derus membuka perniagaan secara kecil – kecil dengan membeli pelbagai jenis tudung dari  pengilang dan menjual tudung kepada pelanggan setempat megikut permintaan mereka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM400 sahaja sebulan. Pelanggan beliau juga terdiri dari penduduk sekitar kampung dan bandar berdekatan. Beliau juga kurang mahir menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti beberapa kelas ICT dan keusahawanan yang di sediakan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kampung Jambu Rias, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan sekaligus memudahkan urusan perniagaan beliau, Beliau kini memiliki akaun instagram,facebook,wechat,telegram dan whatsapp yang digunakan sebagai medium mempromosi produk yang dijual beliau

 

Latar belakang

Puan Nor Asiah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Anom telah memulakan perniagaan gerai makan beliau dari tahun 2017. Beliau menjual pelbagai jenis makanan antaranya mee kari, mee sup, laksa, mee rojak, chicken chop, pisang goreng, tauhu sumbat dan pelbagai lagi menu yang menarik. Beliau hanya dibantu oleh suami dan kadang kala anak-anak beliau akan membantu pada hujung minggu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum membuka gerai beliau hanya mengambil tempahan makanan untuk majlis tertentu dan pendapatan beliau tidak tetap. Kemudian beliau mula membuka gerai atas permintaan ramai penduduk setempat dan beliau boleh meraih pendapatan dalam lingkungan RM1000 sebulan dan pada ketika itu gerai beliau hanya diperbuat daripada kanvas dan rangka kayu.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malayia Kg. Jambu Rias, beliau kini mula memperkenalkan dan mempromosi gerai makan beliau melalui Facebook dan juga whatsapp. Gerai makan beliau kian bertambah pelanggan dari hari ke hari atas bantuan media sosial dan pendapatan beliau juga makin meningkat dalam lingkungan RM2000 – RM3000 sebulan.

Latar belakang

Muhammad Asyraf Bin Azlan adalah seorang pelajar Tahun 4 Sekolah Rendah Kebangsaan Jambu Rias. Merupakan anak ke 3 daripada 4 adik beradik.Beliau adalah seorang  yang aktif dalam sukan sepak takraw disekolah. Beliau berasal dari Kampung Paya Pelantar dan tinggal di Karak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau seorang pelajar yang kurang mahir menggunakan komputer kerana dirumah tiada kemudahan seperti komputer riba dan disekolah beliau terpaksa berkongsi komputer untuk belajar. Beliau juga tidak mengetahui cara mencari maklumat menggunakan internet untuk kerja-kerja sekolah yang telah diberi guru.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti kelas ICT yang diadakan seperti latihan menggunakan Microsoft Word, latihan multimedia membuat video, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan sering melayari internet untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam menyiapkan kerja sekolah. Beliau juga semakin aktif menyertai latihan-latihan, pertandingan dan juga program-program yang dianjurkan oleh Pi1M.

Latar belakang

Puan Julailawati memulakan perkhidmatan Andaman,solekan dan tempahan pelamin untuk majlis prkahwinan kepada pelanggan yang berdeekatan dengan tapak perniagaan beliau sahaja. Tetapi kini beliau memgembangkan perniagaan dengan mempromosikan perkhidmatan teersebut secara atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan Julailawati memulakan perkhidmatan Andaman,solekan dan tempahan pelamin untuk majlis prkahwinan kepada pelanggan yang berdeekatan dengan tapak perniagaan beliau sahaja. Tetapi kini beliau memgembangkan perniagaan dengan mempromosikan perkhidmatan teersebut secara atas talian.

.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan semakin bertambah dan tempahan semakin memberangsangkan setelah mempelajari cara- cara mengembangkan perniagaan. Beliau telah mempromosikan perniagaan yang diusahakan secara konsisten dan efisyen sehingga berjaya menambat hati pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan dari beliau.