USAHAWAN KRAFTANGAN KAIT "SHAHIEZZA CROCHET"

Latar belakang

Puan Rohaniza membuka perniagaan kraftangan secara kecil – kecilan dengan menghasilkan produk dengan mengait seperti sarung bekas tisu,sarung botol air ,bunga dan pelbagai lagi kepada pelanggan . Beliau tidak menyangka bermula dengan minat dan hobi, kini telah menjadi sumber pendapatan tambahan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan beliau sebelum ini hanya sekitar RM300.00 setahun kerana hanya mendapat tempahan penduduk kampung sahaja. Beliau juga kurang mahir menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti beberapa kelas ICT dan keusahawanan yang di sediakan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kampung Jambu Rias, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan mula mempromosikan perniagaan beliau melalui atas talian iaitu media sosial sekaligus memudahkan urusan perniagaan beliau dan dapat menarik lebih ramai pelanggan. Sekali gus menambah pendapatan beliau daripada RM300 setahun kini RM300 sebulan.

USAHAWAN MEE KUNING "MEE MAK KOI"

Latar belakang

Puan Hazizah atau pangilan mesranya Kak Ijan telah memulakan perniagaan mee kuningnya sejak Januari tahun 2015. Beliau memproses mee kuning dibengkel kawasan kampung dan dijual untuk penduduk setempat sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum terlibat dengan latihan komputer di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 1000 sahaja iaitu seteleh terjual mee kuning dalam 1000 bungkus. Rata-rata pelanggan beliau hanyalah  sekitar kampung yang berdekatan sahaja dan merupakan kenalan, saudara mara dan penduduk kampung sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malayia Kg. Jambu Rias, beliau kini sudah mempunyai penjenamaan sendiri pada mee kuningnya iaitu ‘Mee Mak Koi’. Beliau juga mula memperkenalkan dan mempromosi ‘Mee Mak Koi’ di laman sesawang facebook dan juga melalui aplikasi Whatsapp. Malahan kini beliau berjaya memasarkan produk beliau ke pasar raya Mempaga Segar cawangan Karak dan  juga terbaru pasar raya Mempaga Segar cawangan Lanchang. Setiap hari beliau perlu membuat mee kuning dengan kadar yang banyak bagi menampung permintaan yang semakin tinggi.