Tujuan |
|
Pertandingan ini dilaksanakan bertujuan bagi menyemarakan semangat kemerdekaan sempena Merdeka yang ke 60 tahun melalui aktiviti yang menarik. |
|
Aktiviti |
|
Pertandingan ini berlangsung di Pi1m Kg Jambu Rias. Program ini melibatkan seramai 6 orang peserta yang bermula dari 2.30 petang hingga 3.30 petang. Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang bakal tiba pada 31 Ogos 2017, petugas mengadakan Pertandingan Puzzle Online Merdeka.Para peserta diberi masa selama 30 minit bagi menyelesaikan puzzle online merdeka. Malahan, pertandingan ini dapat menguji tumpuan mereka dalam menyatukan setiap keping kecil puzzle bagi membentuk sekeping gambar penuh dan juga dapat menyemarakan semangat kemerdekaan. |
Tujuan |
|
Latihan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap dunia keusahawanan,mengetahui persediaan untuk membuka sesuatu perniagaan dan mempelajari cara menggunakan komputer dengan positf dan selamat.. |
|
Aktiviti |
|
Program berlangsung di Bilik Latihan Pi1m Kg. Jambu Rias. Program ini melibatkan seramai 15 orang peserta yang bermula dari 10.00 pagi sehingga 5.00 petang dan berlangsung selama 3 hari berturut-turut. Petugas memberi penerangan mengenai modul IE dan IES. Beberapa aktiviti diadakan selama 3 hari berlangsung latihan Intel seperti menjawab soalan kahoot, membentangkan jawapan-jawapan bagi soalan yang terdapat dalam buku latihan, membina peta minda perniagaan diadakan untuk memguji kefahaman dan idea mereka terhadap perniagaan. Petugas juga memberi tunjuk ajar bagaimana untuk membuka page perniagaan di Facebook. Untuk hari yang seterusnya peserta mempelajari cara menggunakan komputer dan mempelajari Microsoft Word bagi mencipta resume sendiri, Excel dan Power Point untuk kegunaan mereka semasa membuka perniagaan. |
Tujuan |
|
Pertandingan ini disertai oleh 10 orang peserta pelajar sekolah rendah, Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memahirkan para peserta menggunakan tetikus kerana kebanyakkan daripada mereka tidak pandai menggunakan tetikus. |
|
Aktiviti |
|
Pertandingan ini telah diadakan di dalam bilik latihan Pi1M Kg. Jambu Rias dan melibatkan 10 orang peserta yang bermula dari 3.00 petang hingga 5.00 petang. Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta bagaimana untuk mengendalikan tetikus sebelum pertandingan. Kemudian pertandingan dimulakan dengan bimbingan petugas. Malahan ketua kampung, Kampung Jambu Rias iaitu Tn Hj Zainal Bin Yaacob turut hadir bagi melihat dan memberi sokongan kepada para peserta. Kemudian hasil kerja mereka diadili berdasarkan kreativiti dan dari segi penggunaan warna yang pelbagai. |
Tujuan |
|
Program dilaksanakan bertujuan bagi menyemai perasaan sayangi tulisan jawi dan bagi memahirkan penulisan harian dalam tulisan jawi dan juga membaca. Selain itu juga, bagi mencungkil bakat para pelajar lelaki mengalunkan azan yang terbaik. Malahan, program ini diselitkan juga dengan Taklimat Klik Dengan Bijak bagi memberi sedikit penerangan tentang penggunaan internet secara positif iaitu dengan melayari internet dengan berhemah. |
|
Aktiviti |
|
Petugas memberi penerangan ringkas mengenai Klik dengan Bijak tentang penggunaan internet secara positif iaitu dengan melayari internet dengan berhemah. Kemudian pertandingan tulisan jawi, membaca tulisan jawi dan juga pertandingan azan dijalankan. Setiap pertandingan dijalankan dengan pemerhatian guru-guru KAFA. Selain itu juga, bagi memeriahkan majlis, terdapat juga pertandingan azan bagi golongan dewasa lelaki diadakan dimana ketua kampung juga melibatkan diri dalam pertandingan ini. |
|
Tujuan | ||
Kelas ini dihadiri oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah dan juga seorang peserta orang kurang upaya (OKU). Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan juga kesedaran tentang klik dengan bijak ketika melayari internet. Malahan, juga bertujuan untuk memberi pengajaran tentang akibat berkongsi maklumat palsu di sosial media. | ||
Aktiviti | ||
Taklimat ini telah diadakan di dalam bilik latihan Pi1M Kg. Jambu Rias dan melibatkan 10 orang peserta yang bermula dari 2.30 petang hingga 4.30 petang. Petugas memberi penerangan tentang Klik Dengan Bijak iaitu ‘Maklumat Palsu’. Para Pelajar diberi pendedahan tentang akibat berkongsi maklumat palsu. Kemudian petugas juga menayangkan beberapa video pendek yang mengisahkan si perlaku berkongsi maklumat palsu di social media sehingga menyebabkan salah faham dan juga kekecohan antara pengguna laman social.
|