Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu peserta menghasilkan dokumen menggunakan Microsoft Word dengan baik.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat belajar cara memasukkan data yang banyak mengikut klasifikasi untuk memudahkan kerja. Petugas mengajar peserta cara-cara memasukkan table menggunakan Microsoft Word untuk memudahkan peserta mengisi maklumat mengikut klasifikasi. Kemudian, peserta juga diajar cara menambah atau membuang column table. Untuk mencantikkan lagi table yang telah siap dibuat, petugas juga menunjukkan cara menukar design dan warna yang disukai.

Gambar Disini

Tujuan 

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada remaja yang berumur 13 hingga 24 tahun mengenai Sahabat KafeTEEN selain memberi pendedahan mengenai alam remaja.

 

Aktiviti 

Melalui kelas ini, peserta mendapat khidmat kaunseling dan perkhidmatan kesihatan bagi membantu remaja mengatasi masalah fizikal, mental dan sosial remaja. Selain itu, program ini dapat menyemai sikap-sikap positif remaja terhadap perkembangan kesihatan diri dan sosial, fizikal dan mental. Program ini terdiri daripada 2 segmen utama iaitu, Taklimat Aplikasi MyKafeTEEN serta Teen Talk – Impak Maksima yang diberi oleh En. Mohd Amirul Azwar dari Unit Bmbingan Kaunseling. Seramai 4 orang peserta mengikuti program di kediaman masing-masing manakala 6 orang peserta mengikuti di Pusat Internet Komuniti Kg Jambu Rias. Turut disediakan sijil penyertaan untuk para peserta yang melibatkan diri dengan program Advokasi tersebut.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu meningkatkan kemahiran penggunaan perisian komputer serta penguasaan bidang ICT

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta semakin mahir dalam penggunaan Ms word & Power Point serta dapat membuat slide pembentangan yang lebih menarik.  Petugas mengajar cara menggunakan Microsoft powerpoint untuk membuat slide pembentangan. Petugas menunjukkan contoh slide di google untuk memberi idea & gambaran kepada peserta. Peserta mula berlatih menaip isi-isi penting untuk dimasukkan ke dalam slide pembentangan.

Gambar Disini

Tujuan 

Program ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan pendaftaran perniagaan secara percuma kepada kategori pelajar & B40.

 

Aktiviti 

Melalui aktiviti ini, peserta dapat membuat urusan berkaitan SSM di Pusat Internet dengan mudah. Pegawai SSM Negeri Pahang telah membuka kaunter bergerak bagi program Pendaftaran Perniagaan serta menyediakan perkhidmatan SSM kepada komuniti. Kaunter dibuka pada pukul 9.00 pagi sehinggan 4.00 petang. Seramai 26 usahawan yang hadir bagi membuat urusan SSM.

Gambar Disini

Tujuan 

Program ini bertujuan membantu remaja berumur 13 hingga 24 tahun melalui alam remaja dengan selesa dan tanpa ragu-ragu serta menyediakan khidmat kaunseling.

 

Aktiviti 

Melalui kelas ini, peserta mendapat khidmat kaunseling dan perkhidmatan kesihatan bagi membantu remaja mengatasi masalah fizikal, mental dan sosial remaja. Selain itu, program ini memberi peluang kepada remaja berkenalan dengan rakan-rakan serta berkongsi pengalaman dan idea-idea baru. Program ini terdiri daripada 3 segmen utama iaitu, Taklimat Aplikasi MyKafeTEEN, Teen Talk – Siapa Remaja? Tingkah Laku Seksual, dan Kuiz Interaktif. Seramai 19 orang peserta mengikuti program di kediaman masing-masing manakala 2 orang peserta mengikuti di Pusat Internet Komuniti Kg Jambu Rias.

Gambar Disini