Tujuan Program ini bertujuan mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi Kg Jambu Rias serta memberikan taklimat KDB kepada penduduk kampung di sekitar karak. |
|
Aktiviti |
|
Melalui program ini peserta diberi pendedahan mengenai topik Klik Dengan Bijak antara nya adalah buli siber, sexting, penyantunan dalam talian, pengawasan kanak-kanak dalam talian dan peranan ibubapa Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah bacaan Yassin, taklimat KDB dan promosi PEDi, kuiz spontan KDB & ICT, pertandingan mewarna kanak-kanak, kahoot game, word search dan taklimat usahawan oleh Rakan Digital PEDi. Petugas juga turut membuat edaran flyers KDB kepada peserta. Pada akhir program, diadakan sesi penyampaian hadiah dan cenderahati yang disampaikan oleh petugas PEDi dan petugas perpustakaan desa |
Tujuan Program ini bertujuan membantu usahawan membuat sebut harga barang perniagaan menggunakan Ms Word. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, peserta dapat mempelajari cara membuat Quotation (sebut harga) menggunakan Ms Word bagi mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan yang ditawarkan. Peserta diajar cara penyediaan dan cara menghantar quotation (sebut harga) menggunakan emel rasmi perniagaan kepada syarikat berkenaan. |
Tujuan Program ini bertujuan mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi Kg Jambu Rias serta memberikan taklimat KDB kepada penduduk kampung di sekitar karak. |
|
Aktiviti |
|
Melalui program ini peserta diberi pendedahan mengenai aduan dan maklumat palsu yang disampaikan oleh petugas PEDi. Program ini bermula jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang yang terdiri dari 28 orang peserta. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah bacaan Yassin, pertandingan tulisan jawi, persembahan nasyid, taklimat KDB dan promosi PEDi, kuiz spontan KDB & ICT, mewarna online kanak-kanak, taklimat usahawan oleh RD PEDi dan taklimat dari Agensi Pemadam. Pada akhir program, diadakan sesi penyampaian hadiah dan cenderahati yang disampaikan oleh petugas PEDi dan petugas perpustakaan desa |
Tujuan Program ini bertujuan membantu para penjawat awam untuk mendaftar masuk ke dalam sistem HRMIS dan panduan memuat naik data & dokumen ke dalam sistem tersebut. |
|
Aktiviti |
|
Dengan latihan ini, dapat melahirkan penjawat awam yang terdiri daripada golongan dewasa dan berumur yang celik IT dan memastikan mereka dapat membuat kerja dengan lancar dan mudah. Aktiviti dimulakan dengan membantu peserta mendaftar masuk ke dalam sistem HRMIS. Kemudian, petugas memastikan peserta dapat mengemas kini profil personel dan mengemas kini maklumat di dalam sistem secara mudah. Setelah itu, petugas menunjukkan cara memuat naik data dan dokumen yang diperlukan ke dalam sistem. |
Tujuan Latihan ini bertujuan membantu peserta menigkatkan kemahiran penggunaan internet dalam melayari laman web. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, peserta dapat mengakses ke dalam sistem KOHA serta memudahkan penjawat awam dalam membuat kerja. Petugas membantu peserta mendaftar masuk laman web Perpustakaan Pahang dengan memasukkan ID penjawat awam dan kata laluan. Kemudian petugas membantu peserta dalam menggunakan sistem KOHA untuk memasukkan data-data buku yang ada di perpustakaan Desa Jambu Rias serta menunjukkan cara mengimbas no siri buku-buku ke dalam sistem KOHA. |