Tujuan 

Latihan ini bertujuan mengajar peserta cara-cara untuk mendaftar pekerjaan penjawat awam di dalam sistem Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) serta carian kerja di atas talian.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, petugas dapat membantu golongan belia lepasan SPM untuk mengisi borang permohonan pencarian kerja secara atas talian dengan betul. Dengan ini, dapat memudahkan urusan belia dalam mencari peluang pekerjaan untuk mereka. Peserta diberitahu berkenaan laman web yang boleh digunakan untuk mencari kerja. Laman web utama ialah www.spa.gov.my dan Jobsmalaysia. Peserta ditunjuk ajar cara untuk mendaftar dan mencari kerja dalam laman web tersebut. Seterusnya peserta juga diajar untuk mencari kerja secara rawak mengunakan enjin carian google.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu peserta untuk menyemak penyata gaji bulanan secara atas talian.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, dapat memudahkan peserta untuk menyemak dan memuat turun penyata gaji bulanan bagi tujuan tertentu. Petugas membantu peserta untuk mendaftar id dan kata laluan di laman sesawang rasmi iPEKS. Petugas memberi tips untuk membuat kata laluan yang mudah untuk peserta ingat tetapi mempunyai ciri-ciri keselamatan yang kuat. Setelah berjaya mendaftar sebagai pengguna, peserta diberi tunjuk ajar untuk menyemak dan memuat turun penyata gaji bulanan serta mencetak.

 

Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu peserta mendaftar aplikasi BSN secara atas talian.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat membuat sebarang transaksi perbankan secara atas talian dengan mudah tanpa perlu ke kaunter bank. Petugas memberi tunjuk ajar dengan mengarahkan peserta membuka laman sesawang myBSN untuk pendaftaran kali pertama. Peserta diminta mengisi segala maklumat perbankan yang dipinta kemudian peserta perlu membina kata laluan untuk log in aplikasi BSN online. Setelah itu, peserta dikehendaki menjawab 5 soalan keselamatan sebagai langkah sandaran sekiranya peserta terlupa kata laluan kelak.  

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu peserta menambah pengetahuan tentang cara mengawet makanan dengan cara yang betul.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat mengetahui tentang perkara asas dalam pengawetan makanan dan teknik yang betul. Petugas mengarahkan peserta untuk membuka zoom meeting bagi menyertai kursus awet makanan secara atas talian. Kursus ini diadakan dengan kerjasama daripada syarikat NB Food Specialist Centre dan juga MARDI. Petugas diberi taklimat tentang perkara asas dalam pengawetan makanan, perkara yang perlu dilakukan dan perkara yang perlu dielakan ketika mengawet makanan. Langkah-langkah secara terperinci diberikan kepada peserta.

Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu peserta membuat pendaftaran murid tahun 1 secara atas talian khas untuk mereka yang mempunyai anak berusia 6 tahun dan 5 tahun pada tahun ini.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat membuat permohonan pendaftaran kemasukan murid ke tahun 1 sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024.Petugas membantu peserta dengan membuka portal Kementerian Pendidikan Malaysia (Sistem Pengurusan Sekolah) terlebih dahulu. Petugas memberi tunjuk ajar cara membuat pendaftaran pengguna baru. Kemudian, peserta mengisi kesemua maklumat yang dikehendaki dalam borang permohonan. Setelah siap, petugas dan peserta bersama-sama menyemak segala maklumat dan butiran yang diisi adalah tepat sebelum hantar agar permohonan tersebut diterima.

Gambar Disini