Tujuan Latihan ini bertujuan membantu peserta meningkatkan kemahiran menggunakan perisian, perkakasan dan melayari laman web serta memberi pendedahan kepada peserta tentang cara – cara membuat surat rasmi menggunakan Microsoft Word. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, peserta dapat membuat surat rasmi dengan mudah serta dapat meningkatkan pengetahuan ICT. Para peserta mempelajari cara menggunakan Microsoft Word untuk membuat surat rasmi. Petugas memberi penerangan tentang contoh dan format surat rasmi kepada peserta. Kemudian, peserta diberi tunjuk ajar dengan beberapa tool yang terdapat dalam Microsoft word. Seterusnya, peserta diberi Latihan untuk membuat surat rasmi. |
Tujuan Latihan ini bertujuan membantu peserta mencungkil bakat dan meningkatkan kemahiran peserta dengan mencipta poster yang kreatif dan menarik. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, petugas dapat membantu peserta menggunakan perisian Canva dalam menyunting poster di mana menyediakan pelbagai contoh templete dan layout yang terkini. Petugas membantu peserta dalam membuat tugasan folio dengan menggunakan aplikasi Canva kerana mempunyai templete dan layout yang menarik. Petugas menerangkan serta menunjukkan cara menggunakan canva kepada peserta antaranya cara pemilihan font tulisan, gambar latar belakang serta memasukkan gambar ke dalam poster. Setelah siap, petugas mengajar cara menyimpan hasil kerja ke dalam emel peserta masing-masing. |
Tujuan Latihan ini bertujuan membantu Guru KAFA dalam mengisi markah peperiksaan murid menggunakan formula Excel dengan mudah. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, Guru KAFA dapat mempelajari cara dalam menggunakan formula Excel untuk mengisi markah peperiksaan murid. Petugas menerangkan terlebih dahulu kepada peserta mengenai templete tapak markah peperiksaan yang telah disediakan oleh pihak KAFA. Kemudian, petugas memberi tunjuk ajar cara mengisi maklumat murid serta markah peperiksaan menggunakan formula dengan betul. Petugas juga turut menerangkan cara penggunaan formula vlookup untuk mengambil data dengan mudah. |
Tujuan Latihan ini bertujuan membantu pelajar GiatMara untuk menyiapkan Laporan Latihan Industri. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, pelajar dapat menyiapkan laporan latihan industri lengkap dengan maklumat bergambar, carta organisasi dan juga laporan lebih tersusun dan menarik. Petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar untuk membuat carta organisasi pekerja-pekerja yang ada di dalam pejabat pertanian tempat beliau membuat latihan industry. Malahan, pelajar juga dapat mengetahui bagaimana menyusun gambar beserta keterangan dengan lebih mudah tanpa perlu menggunakan jadual. |
Tujuan Program Klik dengan Bijak diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada peserta tentang penggunaan Internet secara berhemah serta perbincangan isu isu semasa berkaitan Internet. |
|
Aktiviti |
|
Dengan kerjasama dari pihak Perpustakaan Desa Kg Jambu Rias, PEDi Kg Jambu Rias telah berjaya membuat Program Klik Dengan Bijak bersama sama dengan komuniti setempat. Program telah berlangsung bermula dari pukul 2.30 petang sehingga 5.30 petang dengan melibatkan seramai 16 orang peserta.
Pada akhir aktiviti, petugas PEDi dan petugas perpustakaan membuat penyampiaan hadiah untuk diberikan kepada pemenang pertandingan serta kesemua peserta yang hadir kerana telah memberi penuh komitmen sepanjang program ini berlangsung. |