Tujuan 

Program ini bertujuan menyambut kedatangan bulan Ramadhan dengan pengisian aktiviti kerohanian.

 

Aktiviti 

Melalui program Bicara Santai Menjelang Ramadhan ini komuniti wanita dapat berkumpul merapatkan lagi ukhuwah selain itu mengisi aktiviti kerohanian. Program ini bermula dengan kedatangan peserta jam 8.30 pagi. Setelah itu aktiviti pertama dimulakan dengan solat dhuha. Selesai itu bacaan Yassin dan kemudian sesi tazkirah ringkas mengenai tajwib. Program bersurai pada jam 1 petang.

Gambar Disini

 

 

 

Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu peserta menyiapkan kerja kursus subjek sejarah.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, dapat membantu peserta menyiapkan kerja kursus sejarah dengan bantuan petugas yang memberi tunjuk ajar dan kemudahan capaian internet yang baik. Petugas membantu peserta dengan memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada peserta tentang cara mencari maklumat tambahan serta gambar untuk kerja kursus sejarah beliau. Malahan dengan kemudahan komputer dan capaian internet yang baik mempercepatkan lagi kerja beliau.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan memberi pengenalan Ms Word & Powerpoint kepada peserta serta membantu menghasilkan dokumen dengan baik.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat menaip dengan betul dan pantas serta mengetahui kepentingan MS Office untuk kegunaan masa hadapan. Petugas mengajar Ms Word & Ms Power Point kepada peserta. Antaranya, menerangkan fungsi- fungsi toolbars yang ada. Selain itu, petugas juga turut mengajar cara memasukkan gambar serta cara menggunakan SmartArt kepada peserta. Peserta diminta menaip artikel sebagai latihan supaya kelas lebih efisyen.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu peserta dalam menyediakan resume yang lengkap, padat dan menarik bagi persediaan temuduga kerja.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat membuat persiapan sebelum menghadiri temuduga kerja dengan menyediakan resume yang lengkap, padat dan menarik mengikut format resume terkini. Petugas memberi tunjuk ajar dengan mengarahkan peserta membuka aplikasi postermywall untuk membuat resume. Petugas memberi sedikit taklimat kepada peserta dengan menunjukan beberapa reka bentuk resume yang boleh digunakan supaya resume nampak lebih menarik dan tersusun. Selain itu, petugas memberi panduan tentang perkara yang perlu dan tidak perlu di isi dalam resume.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu peserta untuk membuat kata laluan baru.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat membuka semula email beliau dengan membuat kata laluan baru kerana terlupa kata laluan lama. Petugas mengajar peserta membuat kata laluan email yang baru dengan membuka tetapan pada telefon pintar beliau. Kemudian petugas memberi tips membuat kata laluan baru yang selamat dan mudah untuk diingat. Peserta berjaya log in masuk ke email dan petugas membantu beliau membuat semula tetapan pada telefon pintar dan juga email beliau.

Gambar Disini