MAKLUMAN UNTUK PENDUDUK SETEMPAT
Perkhidmatan Klinik Ibu dan Anak yang pada asalnya di Klinik Kesihatan Karak kini ditempatkan untuk sementara waktu di Klinik Desa Jambu Rias. Hal ini berikutan Klinik Ibu dan Anak di Klinik Kesihatan Karak sedang melalui proses pengubahsuaian. Sebarang perubahan maklumat akan kami maklumkan semula.
No tel Klinik Desa Jambu Rias :09-2318420
No tel Klinik Kesihatan Karak : 09-2311245
Pada 22 April (Sabtu) yang lalu, bertempat di Dewan Orang Ramai Kg. Jambu Rias telah berlangsungnya Program Kesihatan anjuran KOSPEN Kg. Jambu Rias. Program tersebut diadakan pada jam 7.30 pagi sehingga jam 12.30 tengahari. Acara dimulakan dengan tarian zumba dan senam aerobik yang disertai oleh kaum lelaki dewasa, wanita dan juga belia.
Sementara itu Pusat Internet 1 Malaysia Gugusan Bentong iaitu terdiri daripada Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias, Felda Mempaga 3, Taman Muhibbah dan juga Batu 1 terlibat sama dalam mempromosikan Program E-Waste dan Dashboard. Petugas-petugas Pusat Internet 1 Malaysia menyediakan pelbagai aktiviti untuk para pengunjung.
Sepanjang pelbagai aktiviti dijalankan seperti mewarna kanak-kanak,taklimat kesihatan dan juga aktiviti di booth Pusat Internet 1 Malaysia, pihak AJK KOSPEN Kg. Jambu Rias menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada para pengunjung. Terdapat juga cabutan bertuah di akhir program.
http://kgjamburias.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?start=75#sigFreeId0285060ac9
Pada 18 Mac 2017 (Sabtu) telah berlangsungnya Program Sayangi yang Muda Hormati yang Tua anjuran KOSPEN Kg. Lengkong. Program tersebut diadakan di Dewan Orang Ramai Kg. Lengkong dan program bermula pada 8.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengahari.
Acara dimulakan dengan aktiviti senam aerobic (zumba) yang disertai oleh kaum wanita, belia wanita dan segelintir kaum lelaki. Kemudian acara mewarna kanak-kanak yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tabika KEMAS Kg. Lengkong pula berlangsung. Mereka dikehendaki mewarna gambar buah-buahan tempatan iaitu mengikut tema pemakanan sihat.
Sambil aktiviti-aktiviti yang lain berlangsung, para pengunjung yang datang juga boleh membuat pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh AJK KOSPEN Kg. Lengkong. Tambahan juga, di booth Pusat Internet 1 Malaysia Kluster Bentong banyak aktiviti dijalankan seperti e-Waste, Teka Logo KDB, Kuiz KDB dan juga Word Search.
Terdapat juga cabutan bertuah kepada para penggunjung yang hadir dan juga pemberian beras kepada penduduk Kg. Lengkong sumbangan Dato’ Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia dan juga ahli Parlimen Bentong.
http://kgjamburias.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?start=75#sigFreeId6e12ae153c
Pada 28 Februari 2016, Ahad, telah berlangsungnya Taklimat Kesihatan yang tentang Pengurusan Berat Badan. Program ini telah dijalankan bertempat di Dewan Orang Ramai Kg. Lengkong. Program ini juga telah dianjurkan oleh Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) Kg. Lengkong. Lebih kurang 50 peserta terlibat termasuk ketua kampung Kg. Lengkong yang tidak mahu ketinggalan menyertai program ini.
Program dimulakan dengan pendaftaran peserta kemudian di teruskan dengan senam aerobik. Kemudian para peserta dijamukan dengan sedikit juadah ringan. Setelah itu, program diteruskan dengan taklimat tentang Pengurusan Berat Badan yang mengisarkan tentang pegambilan makanan sihat, diet seimbang dan cara hidup sihat.
Program ini diadakan pada setiap hari ahad, 2 kali sebulan. Diharapkan program ini akan dapat memberi manfaat kepada semua peserta malah diharapkan mereka dapat mempraktikan setiap ilmu yaang dikongsikan dalam kehidupan seharian.
http://kgjamburias.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?start=75#sigFreeIde6825d90f9