Pada 8 Februari 2018 (Khamis) yang lalu, Menteri Kesihatan , Datuk Seri Dr S.Subramaniam telah membuat lawatan kerja sehari ke Negeri Pahang .Pada pagi tadi beliau telah merasmikan Klinik Desa Jambu Rias di Karak . Terdapat pelbagai aktiviti saringan sepanjang majlis tersebut seperti pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan, demo masakan dan pelbagai lagi.

Menteri kesihatan berkata RM 1.8 Billion telah di peruntukan bagi penyampaian kesihatan di Negeri Pahang. Ianya termasuk pembangunan infra dan penyediaan Kesihatan. Beliau juga turut menyampaikan 21 ambulan kepada hospital dan klinik diseluruh negeri Pahang. Dr Subra mengambil peluang bagi penghargaaan kepada semua Jururawat khususnya jururawat masyarakat yang telah memberi khidmat dan jasa terhadap rakyat setempat.

 

sumber : https://www.facebook.com/pkdbentong/ & https://www.facebook.com/drssubra/

Pada 19 November 2017 (Ahad) yang lalu telah berlangsungnya Program Kesihatan anjuran KOSPEN Kg. Jambu Rias dengan kerjasama JKKK KG. Jambu Rias. Program tersebut telah diadakan di dewan Serbaguna Kg. Jambu Rias yang bermula pada 7.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Melibatkan beberapa pihak seperti Klinik Kesihatan Karak, KOSPEN Kg. Jambu Rias dan juga Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias. Program tersebut bertujuan mendidik dan memberi pendedahan kepada komuniti daripada golongan kanak-kanak sehingga warga emas bagi mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian kita.

Terdapat beberapa aktiviti sepanjang program tersebut berlangsung seperti pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh persatuan KOSPEN Kg. Jambu Rias, ceramah kesihatan daripada Klinik Kesihatan karak, tarian zumba, pertandingan badminton, pertandingan seribu langkah dan cabutan bertuah. Pusat Internet 1 Malaysia juga mengadakan beberapa aktiviti seperti kuiz klik dengan bijak (KDB) dan juga E-Waste. Setelah selesai semua aktivti para peserta dan jemputan dijamukan dengan menu masakan sihat. 

Gambar Disini

 

MAKLUMAN UNTUK PENDUDUK SETEMPAT

Perkhidmatan Klinik Ibu dan Anak yang pada asalnya di Klinik Kesihatan Karak kini ditempatkan untuk sementara waktu di Klinik Desa Jambu Rias. Hal ini berikutan Klinik Ibu dan Anak di Klinik Kesihatan Karak sedang melalui proses pengubahsuaian. Sebarang perubahan maklumat akan kami maklumkan semula. 

No tel Klinik Desa Jambu Rias :09-2318420

No tel Klinik Kesihatan Karak : 09-2311245