Tujuan 

Aktiviti ini bertujuan untuk membantu peserta dalam memudahkan urusan mengikuti aktiviti pembelajaran

.

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini peserta dapat belajar cara penggunaan Google Meet memandangkan pembelajaran hanya menggunakan kelas secara online.  Peserta mendaftar masuk (ID pelajar) di laman sesawang oumvle.oum.edu.my. Petugas menunjukkan cara penggunaan Google Meet kepada peserta. Peserta menonton video yang telah direkod oleh pensyarah dengan menggunakan aplikasi Google Meet.

Gambar Disini

Tujuan 

Aktiviti ini bertujuan membantu peserta dalam membuat QR Code MySejahtera untuk diletakkan di setiap premis perniagaan selaras arahan daripada pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat mengetahu cara mendaftar aplikasi Mysejatera dan meningkatkan kesedaran peserta dalam membantu pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara kita. Hal ini kerana, kerajaan mewajibkan kesemua premis perniagaan menggunakan QR Code MySejahtera bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.  Petugas menunjukkan cara membuat QR Code My Sejahtera kepada peserta. Peserta diminta membuka laman sesawang mysejahtera.malaysia.gov.my dan mendaftar masuk. Kemudian, peserta memasukkan maklumat peribadi yang diperlukan dengan bantuan petugas. Setelah siap, peserta memuat turun QR Code tersebut untuk dicetak.

Gambar Disini

Tujuan 

Memahirkan peserta menggunakan perisian Microsoft Office Word

   

Aktiviti 

Meningkatkan pengetahuan peserta dan kemahiran penggunaan perisian computer seperti Microsoft Office.  Peserta diberi tunjuk ajar menggunakan perisian Microsoft Office Word. Kemudian, petugas memberi satu tugasan kepada peserta dengan meminta peserta mencari gambar orang yang bekerja di sekolah. Peserta mencari gambar yang diingini di carian google. Setelah itu, peserta memuat turun gambar dan menyimpannya ke dalam komputer. Peserta menyusun kesemua gambar yang telah dimuat turun ke dalam Microsoft Word supaya lebih teratur dan tersusun.

Gambar Disini

Tujuan 

Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta  berkaitan penggunaan internet dengan cara yang beretika dan prihatin kepada pengguna yang lain dan memberi peserta celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini peserta dapat mengetahui cara penggunaan internet dengan selamat dan peserta akan lebih berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online).  Petugas membuka tayangan video Klik dengan Bijak kepada peserta. Setiap video yang telah ditayangkan, petugas memberi penerangan berkaitan video tersebut. Kemudian, peserta diminta membuka laman sesawang untuk bermain permainan kuiz online iaitu Kahoot! Petugas menayangkan kuiz-kuiz yang perlu dijawab oleh peserta.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini dilaksanakan untuk membantu peserta meningkatkan kemahiran penggunaan portal OUM supaya dapat memudahkan beliau melihat dan mengetahui info terkini berkaitan pembelajaran.

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini peserta dapat memahirkan diri dalam penggunakan portal OUM dan memudahkan beliau ketika dalam pembelajaran.  Petugas meminta peserta mendaftar masuk (ID Pelajar) di laman sesawang oumvle.oum.edu.my. Kemudian, petugas menerangkan dan menunjukkan cara-cara penggunaan portal tersebut. Sebagai contoh, jumlah subjek semester terkini, melihat nota pembelajaran setiap subjek, penggunaan meet Google, assignment dan cara-cara mengambil kuiz online. Selain itu, petugas menerangkan cara-cara memuat turun assignment dan menghantar dengan memuat naik ke dalam portal tersebut. Setelah itu, peserta mula membuat assignment yang diberi oleh OUM.

Gambar Disini