Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu para pelajar mahir menggunakan carian google dan menyunting gambar.

 

Aktiviti 

Melalui aktiviti ini, peserta dapat mempelajari cara mencari maklumat di internet, melatih dan menguasai Ms paint serta cara menyunting gambar. Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan carian google untuk mencari pelbagai maklumat yang pelajar mahukan. Mereka mencari gambar sayur-sayuran dan juga buah-buahan untuk dimuat turun.  Kemudian, para pelajar di arahkan membuka Ms Paint untuk menyunting gambar seperti yang dimahukan. Setelah itu, mereka dikehendaki untuk membuang latar belakang gambar dengan menggunakan remove.bg.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan meningkatkan tahap penggunaan MS word kepada peserta

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat mempelajari mempelbagaikan pengunaan Ms word bukan sahaja untuk menaip. Para peserta diminta membuka carian google untuk memuat turun gambar template ketupat. Kemudian peserta perlu masukkan kedalam Ms Word dan memwarnakan kotak-kotak kosong tersebut mengikut citara masing-masing. Setelah siap, peserta kemudian memuat naik ke dalam email dan mencetak. Akhir sekali peserta mengunting dan gam mengikut bentuk ketupat.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu peserta dalam melatih menggunakan Ms Word dan Ms Paint.

 

Aktiviti 

Melalui aktiviti ini, peserta dapat mempelajari cara mencari maklumat di internet, melatih dan menguasai Ms Word dan Ms paint. Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan Ms Word seperti memasukkan gambar dan pemilihan tulisan. Setelah itu, peserta diminta untuk membuat sendiri tugasan yang bertajuk niat puasa di bulan Ramadhan supaya pembelajaran akan lebih efisyen. Kelas diteruskan lagi dengan pembelajaran MS Paint – Checklist Ramadhan. Peserta diajar cara menyunting gambar menggunakan Ms paint seperti menulis nama, add text dan add shape.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang asas Ms Excel.

 

Aktiviti 

Melalui aktiviti ini, peserta dapat pendedahan asas Ms Excel dan ingin menarik minat mempelajarinya.  Peserta diberi latihan untuk membuat kaligrafi Khat Kufi menggunakan Microsoft Excel. Pada mulanya, peserta diajar menggunakan "Ctrl 'A' " untuk "highlight" kesemua kotak dan seterusnya peserta di minta untuk "format" mengikut saiz kotak yang diinginkan. Kemudian, peserta di minta mewarnakan kotak menggunakan "fill color" bagi membentuk ayat Khat Kufi.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan meningkatkan tahap ICT dan kesedaran Internet kepada komuniti

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat membudayakan penggunaan internet secara positif dan membendung masalah penyalah gunaan internet. Penyertaan bagi program Santai@Library adalah terbuka kepada semua komuniti. Aktiviti pertama yang dilaksanakan adalah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan bina perkataan untuk dewasa. Kemudian, aktiviti diteruskan dengan penglibatan ICT iaitu pertandingan speedtyping, word search KDB dan kuiz Kahoot yang disertai oleh semua golongan peserta. Petugas juga memberikan sedikit Taklimat ringkas berkaitan Klik Dengan Bijak supaya komuniti lebih peka dengan penggunaan Internet. Pada akhir program, diadakan sesi penyampaian hadiah cenderahati yang disampaikan oleh petugas NADI dan petugas perpustakaan desa

Gambar Disini