Tujuan 

Latihan ini bertujuan ingin memupuk minat pembelajaran sains dan teknologi dalam kalangan peserta.

 

Aktiviti 

Melalui aktiviti ini, peserta dapat mempelajari teknik membuat lampu mini untuk diletakkan di atas meja. Projek STEM yang dilakukan oleh peserta adalah pembinaan lampu mini dengan menggunakan cawan kertas, batang aiskrim dan moto lampu kecil. Peserta dapat membuat mengikut kreativiti dalam mencipta dan menghias lampu mini maisng-masing. Setelah selesai, semua peserta diminta untuk menguji lampu mini masing-masing.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan ingin memupuk minat pembelajaran sains dan teknologi dalam kalangan peserta.

 

Aktiviti 

Melalui aktiviti ini, peserta dapat mempelajari membuat Catapult Popsicle Sticks menggunakan cawan kertas dan batang aiskrim sebagai bahan asas. Projek STEM yang dilakukan oleh peserta adalah mencipta Catapult Popsicle Sticks dengan menggunakan cawan kertas, batang aiskrim dan gelang getah. Petugas menunjukkan video tutorial di youtube sebelum memulakan aktiviti. Kemudian, peserta diberi tugasan untuk membuat Catapult Popsicle Sticks mengikut kreativiti masing-masing. Setelah siap, peserta kemudiannya bertanding sesama mereka perluru milik siapa yang pergi lebih jauh.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan ingin memupuk minat pembelajaran sains dan teknologi dalam kalangan peserta

 

Aktiviti 

Melalui aktiviti ini, peserta dapat belajar teknologi fotografi yang merakam cahaya yang tersebar dari suatu objek dan dapat melihat objek secara 3D seperti manusia, kartun, binatang, robot dan sebagainya. Projek STEM yang dilakukan oleh peserta adalah ingin menghasilkan model berbentuk trapezium dengan menggunakan kertas keras lutsinar supaya dapat menghasilkan 3D hologram. Peserta menggunting 4 keping bentuk trapezium lalu mencantumkannya menggunakan solatip. Setelah itu, peserta mengambil tablet untuk membuka video objek 3D hologram, kemudian meletakkan alat model ke atas tablet tersebut. Peserta begitu teruja melihat hasil projek mereka dan dapat melihat objek secara 3D.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan ingin memupuk minat pembelajaran sains dan teknologi dalam kalangan peserta.

 

Aktiviti 

Melalui aktiviti ini, peserta dapat mempelajari teknik membuat roket menggunakan kertas. Projek STEM yang dilakukan oleh peserta adalah pembinaan roket kertas dengan menggunakan kertas dan straw. Peserta dapat mengasahkan lagi bakat, kreativiti dan inovasi dalam mencipta roket kertas. Ini kerana, peserta perlu memikirkan kestabilan pergerakan, tahap kejauhan tujahan roket dan memahami konsep momentum inertia. Setelah roket kertas siap dicipta, petugas membuat pertandingan roket terpantas diantara peserta.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan ingin memupuk minat pembelajaran sains dan teknologi dalam kalangan peserta.

 

Aktiviti 

Latihan STEM ini adalah salah satu aktiviti sains dan teknologi yang diterapkan dalam silibus pembelajaran Sekolah Rendah dalam Subjek Reka Bentuk dan Teknologi. Aktiviti ini dapat menggalakkan peserta mencipta dan berfikir dari luar kotak pemikiran. Projek STEM yang dilakukan oleh peserta adalah menghasilkan tangan robotik yang berupaya bergerak seperti tangan manusia. Bahan yang digunakan untuk menyerupai struktur tulang adalah straw dan benang pula dijadikan sebagai alat penggerak sistem tulang rangka. Setelah tangan robotik setiap peserta siap dibuat, peserta menguji kaji dengan menggerakkan dan menggenggam objek.

Gambar Disini